Monday, December 28, 2009

alhamdulillah.. =)

tanggal 25 disember 2009


pada hari ni, keluargaku menerima kunjungan dari bakal besan merangkap bakal mertuaku.. selain menziarahi keluargaku di sini, kunjungan ini turut mempunyai maksud tersirat iaitu membincangkan tentang agenda susulan ikatanku , pertunanganku.. 


menu masakan yang disediakan mama hari ni- gulai ikan, sayur air, udang goreng, ulam-ulaman, sambal belacan dan pisang yang dibawa sebagai buah tangan menjadi pencuci mulut.. alhamdulillah, sederhana tapi cukup membuka selera.akhirnya, aku yang bercita-cita untuk diet  dah abiskan 3 pinggan nasi.huhu~


seusai makan tengahari,.. bermulalah agenda perbincangan...aku, adikku dan bkl zauj hanya bertekap di hadapan televisyen.. x diperlukan dalam agenda itu.huhu.. berdebar,,,,,,,


akhirnya,... kata sepakat dicapai dan natijah musyawarah:


 aqad nikah-        15 januari 2010
majlis walimah -   mac 2010


 alhamdulillah.. semoga segala perancangan akn berjln lancar... semoga dapat memberi yang terbaik untuk semua.. 


 Kita hanya berusaha.. Allah penentu segalanya.. semoga dipermudahkn segala urusan.. dan paling utama, mendapat redhaNya..
 " biar rendah di mata manusia namun tinggi pada pandangan yang Maha Esa"




"mencari yang halal itu fardhu bagi muslim" =D


 sebutir bintang ini memancarkan sinar bahagianya.. 


2 comments:

cummy_edlya's said...

majlis pertunangan yg agak kelam kabut.....huhu

bintang hati said...

btl3.. persediaan sehari.. alhamdulillah selamat semuanya.. (^_^)