Wednesday, December 2, 2009

Sebab Pemilihan Tajuk

Tujuan perbincangan ini dan penetapan tajuknya adalah kerana sejak beberapa minggu yang lalu, Syeikh Mu'jib ad-dusiry (Abu Dar'a), bekas Mudir Pusat Dakwah dan Bimbingan Qatar telah mengirimkan kepada saya helaian bergambar daripada akhbar Shaqiiqah yank g diterbitkan di Bahrain berkaitan استلحاق اللقطاء dan keturunan (nasab) yang tidak diketahui.

Adalah suatu kejutan yang besar bagi saya dan sesiapa yang telah membaca artikel ini yg diambil daripada Mahkamah Tinggi Syariah di mana keputusan yang diputuskan adalah:
1- setiap anak yang dipelihara dan tidak diketahui nasabnya dapat diberikan kepada mereka apa yang dikehendaki, sebagaimana yang dikehendaki,
2- menggabungkan anak-anak itu kepadanya,
3- menyandarkan mereka kepada nasabnya ,
4- memberikan mereka nama dan gelarannya, serta memberikan mereka hak-hak sebagai anak.

Inilah realitinya. sesuatu yang pelik. Sangat Pelik.

No comments: