selangkah lagi aku menapak ke tahun baru hijrah 1431.. umur dah meningkat tetapi apakah berbaloi umurku yang telah berlalu kuperjuangkan untuk Islam?
ape azam tahun baru?...
em tahun ni tahun akhir di IPTB.. sekarang, terasa singkat masa berlalu.. kalu waktu awal2 dlu.. berbaur rasanye.huhu
semoga aku dapat memberikan yang terbaik dalam pengajianku sebagai pelajar ijazah sarjana muda perguruan.. bermula februari 2010, insyaAllah akan menjalani praktikum 3 bulan di SK Machang Bubok.. Harapanku agar berjaya mendekati jiwa anak2 muridku untuk mencintai ilmu pengetahuan khususnya bahasa arab.. semoga aku berjaya membina kecintaan dalam mereka dalam perkara ukhrawi dan duniawi.
insyaAllah, kurang 2 bulan dari sekarang, aku akan bergelar zaujah kepada bakal zaujku.. perkahwinan semasa belajar.. banyak khilaf tentangnya. namun aku yakin dengan dengan satu qaul:
الحسن ما حسن شرعي
" Kebaikan itu adalah apa yang terbaik di sisi syarak"
Semoga perjuangan kami mendapat tempat di sisi Yang Esa.. Mungkin ini salah satu metod dakwah kami, dan kami sedang dan akan menghadapi lebih banyak ujian.
tidakkah malu kau mengaku dirimu seorang mukmin andai dirimu tidak betah dengan ujian dariNya?
"orang mukmin itu sabar dengan ujian, syukur atas pemberian.. kedua-duanya baginya adalah kebaikan"
terima kasih Tuhanku
kerana membuka ruang untukku mendampingiMu
merindui Rahmat Kasih SayangMu..
terima kasih Tuhanku
kerana memberiku satu jalan
mencari keredaanMU
terima kasih Tuhanku
kerana mengirimkan seorang bidadara buatku
menemaniku di dunia fana
kekasihku di akhirat kelak
buat seseorangku
perjuangan kita masih belum selesai
Selagi cintamu milik Allah,..
Akulah pemilik cintamu
kudamba reda Ilahi
cinta sejati, cinta hakiki
semoga kehadiran tahun baru ini membuka satu lembaran baru untuk kita.. menampung kelompangan iman masa lalu, dengan kekemasan aqidah yang sejahtera..
dan aku, bakal punya peneman.. untuk bergerak seiringan denganku.. sefikrah, sekufu.. dan paling penting, xjemu memberi bimbingan..semoga kami berada di lorong yang benar..
em nak sambung belajar.. insyaAllah, pembelajaran sepanjang zaman.. =)
Salam Maal hijrah 1431H
dariku,
sebutir bintang di kejauhan~
No comments:
Post a Comment