aku tidak sempurna. seorang insan kerdil yang punya kelemahan dan ingin membina kekuatan diri. syukur padaNya kerana dalam perjalanan ini, aku dikurniakan teman yang setia dan amat memahami, rakan-rakan yang sedia bersama susah dan senang, dan secara jujurnya aku kini mulai belajar menilai intan, kaca dan permata. yang baik itu teladan bagiku. semoga ada ruang bagiku menjadi begitu. yang kurang baik itu sempadan bagiku, menjadi kayu ukur pemisah amalan hak dan batilku.
hidup adalah Anugerah yang Esa untukhambaNya. Syukur, aku masih dipelihara dalam Kasih Sayang dan CintaNYA.. hari ini hatiku tersenyum lagi..dan aku harap hatiku terus mengukir senyuman seindah ini bahkan mungkin lebih lagi.
Anak-anakku, ustazah bangga menjadi pembimbing kalian, marah ustazah kerana kasihkan kalian, tidak mahu hidup yang sementara ini disia-siakan tanpa ilmu yang akan membawa kalian ke SANA kelak. Bahasa Arab bahasa alat.dengannya pelbagai ilmu dapat kalian terokai. Sama pentingnya dengan bahasa Inggeris yang diagung-agungkan seluruh dunia.
Bahasa Arab bahasa Al-Quran. apabila kamu mempelajarinya kini dan menguasainya kelak kamu pasti merasakan manisnya hidup dengan nikmat bahasa Arab yang diketahui hasil usaha kalian sendiri. pasti terdetik di lubuk hatimu, " Beruntungnya aku mempelajari bahasa ini"
inilah secebis bicara yang terungkap kini untuk diriku dan anak-anak didik tercinta. Segalanya anugerah Yang Esa. Terima Kasih Tuhanku..
Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment