Thursday, February 25, 2010

sk machang bubok

minggu ni masuk minggu keempat bagiku dan suami serta 2 rakan sekelas menjalani praktikum di SK Machang Bubok.begitu pantas masa berlalu..

seawal mendapat tahu kami ditempatkan  di sini, agak cuak rasanya memandangkan sekolah ini di antara sekolah terjauh untuk guru-guru pelatih semester 7..

alhamdulillah, sk machang bubok amat damai lagi permai serta menyenagkan hati.. sreonok melayan keletah murid.. mama pesan p skolah awal2 ni kne tnjuk muka garang.. takut budak2 naik kepala.. almaklumlah cikgu nya satu saiz ngan murid-murid je.huhu..

untuk praktikum kali ni, kami membahagikan jadual pengajaran mengikut kajian tindakan.. memudahkan perlaksanaan tugasan di samping memudahkan penyediaan rancangan pengajaran.. alhamdulillah, rakan2 guru pelatih sgt memahami dan saling bekerjasama.. rakan-rakan guru pula begitu murah dengan cerita pengalaman mereka yg amat berguna untukku yg baru merangkak di alam perguruan ini.. terima kasih semua!!~

hidup adalah anugerah.. =)

terima kasih Tuhanku atas nikmat kasih sayangMu..

Monday, February 22, 2010

Cinta berbau syurga

mahar cintaku~

mgu lalu, ketika berkunjung ke Giant Kulim, aku sempat menyambar senaskhah buku baru nukilan penulis kesukaanku, Habiburrahman El-Shirazy.. tajuk buku tersebut sengaja kupinjam untuk tajuk tulisanku kali ini.. =)

alhamdulillah.. pada hari ni, aku kmbali mencuri peluang menitipkan bicara di ruang ini.. sebuah kehidupan baru.. keceriaan yang berganda dan kebahagiaan yang melimpahi ruang hati.. Alhamdulillah, masih punya ruang untukku merasai nikmat kasih sayang Ilahi..

menjadi seorang isteri solehah adalah impian setiap wanita.. aku ingin menjadi sayap kiri perjuangan suamiku.. menegakkan daulah Islamiyyah.. membentuk bi'ah solehah dalam masyarakat.. berat amanah yang dipikul tapi inilah impian kecil kami bersama..insyaAllah dengan izinNya..

aku hanya insan biasa.. masih banyak kekurangannya..syukur suamiku tak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar.. membetulkan khilaf diri.. memuslehkan aku.. jazakallahu khair ya zaujil habiib.. aku ingin menjadi pendampingmu di dunia dan bidadarimu di akhirat..

buat suamiku tercinta, Mohd Ashraf bin Mohamad, terima kasih atas segalanya.. semoga kasih sayang kita tetap utuh dengan pemeliharaan dan lindungan Allah Yang Esa.. inilah jalan yang kami tempuh untuk mencari Redha Ilahi..

Sunday, January 10, 2010

berakhirnya minggu pertamaku~

alkisahnya tersebut bahawasanya sesi P&P pada sem ini amatlah padat lg memadatkan meskipun hanya 2 subjek yang dipelajari.. alhamdulillah, dapat lecturer yg sgt membantu dan memberi 101% komitmen dalam tugas  mereka

untk subjek Bimbingan dan kaunseling (B&K), Pn Salina Mokhtar yang menerima mandat mengajar kelasku.. menurut pn Salina, beliau sangat teruja apabila menerima subjek ini kerana inilah subjek yang dinanti-nantikan olehnya.. Pn Salina merupakan graduan ijazah pertama dan kedua dalam bidang kaunseling.. alhamdulillah, kehadiran Pn Salina di kelasku berjaya menerujakan 21 hati di sini..  =)

B&K subjek yang menarik dan pada pendapatku amat wajar dipelajari oleh pendidik.. kenapa? bagi membataskan peranan guru biasa di sekolah.. individu yang berhak menjalankan sesi kaunseling ialah kaunselor manakala guru biasa berperanan sebagai pembimbing, membimbing dan memberi nasihat kepada murid yang memerlukannya.. yg penting, kejelasan makna dan tafsiran antara BIMBINGAN dan KAUNSELING..

untuk tugasan KKP yang perlu submit 25jan 2010, aku dan tiga rakan sekumpulan menerima tajuk kaunseling biblio...kurang bahan di internet dan kene cari buku rujukan.huhu.. all da best to myself!!~

bam 3113: kaedah kajian tindakan.. basic research n action research.. kne fhm btl2 teori dan knsep supaya dapat menyiapkan tesis nanti.. insyaAllah tesis berkulit keras berwarna biru tua dengan tulisan berwarna emas akan dihantar setelah siap dengan jayanya pada semester hadapan.. 1 cabaran dalam tugasan ini ialah berita mengejut penulisan ini dalam bahasa arab, bukan bahasa melayu seperti maklumat awal yang diterima..

meminjam kata-kata us nazmi.."kebaikan itu tersembunyi dalam kepayahan".. hikmah yang tersembunyi.. skang dah melepasi fasa pemilihan tajuk, ngah cari bahan dll.. doakan yang terbaik.. semoga dipermudahkan segala urusan..

haza faqat minni fi hazal waqt..

salam..

Monday, January 4, 2010

back to mktb!!~

akhirnya, stlh sbln lebih bercuti, maka pd hari ini bermulalah sesi pengajianku di Inst Pendidikan Guru kampus Tuanku Bainun, BM bg semester ke-7.. dl masa awal2 blaja, rs lmbt je masa berlalu, skang rasa sblik nya plak..huhu~


thn ni ad tggjwb br.. penolong ketua kumpulan..tringt kta2 mursyidah kt sorang sahabat, " jgn anggap tugas ni satu beban tapi sebaliknya sebagai amanah." ringkas dan padat.huhu.peringatan untuk diri jgak..dh dapat register dn jadual br..


sem ni hny ad 2 subjek: bam3113: kaedah kajian tindakan dan edu.. skit tapi dua2 mantap..


skang dh kne mulakn cari bhn untuk kajian tindakan.. tajuk dah ad.alhamdulillah, dpt sokongan dr ustaz.. all da best to myself!!~



jm wat kerja.. 

Wednesday, December 30, 2009

impianku..

menjelang hari-hari bahagiaku... sebagai bakal isteri untk bakal zaujku.. aku punya impian kecil.. menjadi yang terbaik untuknya..

sekarang, pelajaran adalah prioritiku.. dan isteri solehah adalah aku.. (^_^)


Isteri cerdik yang solehah



Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran

Di rumah dia isteri, di jalanan kawan

Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan


Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan


Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya


Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan


insyaAllah..segalanya dengan izin Yang Esa.. @>----

Monday, December 28, 2009

gulai batang pisang

27 disember 2009
tak lama lagi, aku kne blaja masak gulai batang pisang.. sebab pe? sb ni dh jd mkanan utama kt kpg hijrah.jeng3

semua juadah yang disediakan enak2 belaka esp gulai batang pisang, sayur goreng, kerabu pucuk kadok, kerabu taugeh, ulam2an dan smbl belacan.. oren sunquick yang menyejukkan tekak.. alhamdulillah.. nikmatny.. =)

td sampai awal gk, jd sempatla tlg tok wat kerabu.. mama pun dpt 1 resepi wat kerabu hr ni..pembelajaran sepanjang zaman..hehe

pas mkn, mama n abh kuar g tgk pembinaan skolah.. ustaz mohamad terangkan serba sedikit tntg sejarahny dn perancangan kt situ.. alhamdulillah.. =)

sebelum balik, sempat ziarah si bayi comel, afiq wajdi. anak kelima mak njang arina.. comel.. hidung mancung.. smg bertambah zuriat soleh solehah di muka bumi.. insyaAllah..

semoga tautan kasih dalam membina jalinan kekeluargaan ini berkekalan selamanya dan mendapat redhaNya.. ukhuwatuna daaiman fi ridhwanillah.. (^_^)

demikianlah sedikit catatan ziarahku ke kpg ijrah, siong, baling, kedah.. @>---

alhamdulillah.. =)

tanggal 25 disember 2009


pada hari ni, keluargaku menerima kunjungan dari bakal besan merangkap bakal mertuaku.. selain menziarahi keluargaku di sini, kunjungan ini turut mempunyai maksud tersirat iaitu membincangkan tentang agenda susulan ikatanku , pertunanganku.. 


menu masakan yang disediakan mama hari ni- gulai ikan, sayur air, udang goreng, ulam-ulaman, sambal belacan dan pisang yang dibawa sebagai buah tangan menjadi pencuci mulut.. alhamdulillah, sederhana tapi cukup membuka selera.akhirnya, aku yang bercita-cita untuk diet  dah abiskan 3 pinggan nasi.huhu~


seusai makan tengahari,.. bermulalah agenda perbincangan...aku, adikku dan bkl zauj hanya bertekap di hadapan televisyen.. x diperlukan dalam agenda itu.huhu.. berdebar,,,,,,,


akhirnya,... kata sepakat dicapai dan natijah musyawarah:


 aqad nikah-        15 januari 2010
majlis walimah -   mac 2010


 alhamdulillah.. semoga segala perancangan akn berjln lancar... semoga dapat memberi yang terbaik untuk semua.. 


 Kita hanya berusaha.. Allah penentu segalanya.. semoga dipermudahkn segala urusan.. dan paling utama, mendapat redhaNya..
 " biar rendah di mata manusia namun tinggi pada pandangan yang Maha Esa"




"mencari yang halal itu fardhu bagi muslim" =D


 sebutir bintang ini memancarkan sinar bahagianya..