Showing posts with label dear diary. Show all posts
Showing posts with label dear diary. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

tesis oh tesis

malam ni berehat seketika..masa untuk bertenang.. mencari masa menukilkan sesuatu di laman ini. hari ini, buat kali keempatnya tesis telah disubmit kepada pensyarah.. alhamdulillah anak-anak Bahasa Arab masih diberi kekuatan untuk mengusaikan buah terakhir bagi melengkapkan program pengajian kami di IPG.

syukur kerana kami dikurniakan pensyarah yang amat mengambil berat dan sentiasa berlapang dada membantu kami.. hingga tengah hari tadi, cuma tinggal beberapa aspek teknikal yang perlu dibetulkan.. esok jam 8pagi, pertemuan bersama ustaz2 dan meneruskan usaha penambahbaikan terakhir sebelum penjilidan tesis. cepatnya masa berlalu..

sedari awal tahun ni, dah mula fikirkan isu kajian yang ingin dijalankan.. ketika praktikum fasa 3 pula dah memulakan tinjauan awal..alhamdulillah, permulaan yang baik. dan semasa internship maka bermulalah proses pengumpulan data dan sebagainya...

alhamdulillah, dalam terasa berat ujian yang mendatang, hatiku terasa tenang menghadapi segalanya.. jazakallahu khairul jaza' ya zauji.. dirimu sentiasa di sampingku.. berkongsi idea..mendengar celoteh yang berjela.. sungguh aku tahu adakala kau penat melayannya..namun senyuman yang kau hadiahkan membenarkan segalanya..

cuti pertengahan semester kami manfaatkan untuk membuat sedikit rujukan.antara tempt yang dikunjungi ialah perpustakaan BPG dan Univ Islam Antarabangsa.. dan  itu bukanlah kunjungan terakhir kita ke situ. setelah bermulanya semester baru, kita merancang ziarah ke BPG, UIA, UM dan USIM. kali bukan berdua sebaliknya bersama rakan sekelas dan Ustaz Rahim. alhamdulillah..satu memori indah yang terpatri dalam ingatan..

setelah itu, bermulalah sesi penulisan laporan yang beronak ranjau.. cabaran utama; ditulis di dalam bahasa arab.akhirnya.huhu. ustaz rahim selaku pensyarah pembimbing banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar dan tips-tips penulisan yang baik.. terima kasih ustaz!!~

dan akhirnya pada 12 okt 2010, Pn Hariatul Hafidzah menjadi peserta pertama membentangkan kajian tindakan dalam seminar penyelidikan tindakan.huhu. peserta pertama sangat berisiko. ape2 yang ni lah akan kena dulu.huhu.. tapi,syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. Allah permudahkan urusan.. mungkin juga kerana ada yang menemaniku.. =)

setiap detik hidup kita penuh dengan debaran. apa akan jadi selepas ni? bagaimana keadaanku esok? apa kesudahannya? dsb...

syukur ke hadratNya, hingga saat ni aku masih mampu mengukir senyuman.. terima kasih buat zaujku yang sentiasa sibuk dan lapang bersamaku..dalam keletihan memerah otak, seteko teh buat melegakan kehausan.. ketika kurang urusan kerja, pelbagai aktiviti dilakukan.terasa indahnya kehidupan setelah bersamamu..

terima kasih buat mama dan abah yang merestui hubungan ini.. perkahwinan semasa belajar memang banyak dugaan. alhamdulillah, segalanya untuk mematangkan diri.. sokongan moral dan kasih sayang tak bertepi dari mama, abah, mak dan abah amat akak hargai. terima kasih atas segalanya..

dan kini, hariatul hafidzah dan mohd ashraf hampir di penghujung perjuang destinasi pertama.. doakan kami. masih jauh perjalanan selepas ini dan aku yakin perjuangan ini pasti tidak sunyi daripada dugaan dan cabarannya.. semoga kami diberi kekuatan dan dijitukan mahabbah untuk mengatasi segalanya.

buat sahabat-sahabat pismp bahasa arab 2005-2010.. kenanagan bersama kalian takkan kulupa selamanya. tak sangka dah hampir 5thn setengah kita kt sini.dah masaka dgn perangai masing2.gelak sama2.nangis sama2. protes dll.. yang pasti, bila dh tinggalkan IPTB nti, mesti sgt terasa kn?..

em.. dh bertukar hari pn. jam 8pagi kite jmpe ustaz same2 eh!!~

bintang yang tersenyum mengakhiri bicaranya.........

Saturday, September 18, 2010

tentang dia

"Ya Allah,panasnya badan. Suhu naik mendadak ni!" situasi yang cukup mendebarkan si isteri. mana tidaknya, suami belum pernah diuji musibah sebegini sepanjang tempoh beberapa bulan bersama melayari bahtera perkahwinan.

Di kala itu, pelbagai persoalan menerjah kotak fikiran. Hinggakan satu tahap si isteri bermonolog, "Bagaimanakah hidupku tanpa dia di sisi?" tanpa disangka, manik-manik jernih luruh dari sepasang mata itu.

"dirimu terlalu bermakna dalam hidupku.. jangan pernah biarkan diri ini sendirian, biarpun hanya untuk sekelumit waktu.."

bintang yang punya hati.. merungkai rasa berkongsi bicara..titipan buat si dia..pencinta paling setia..

Thursday, February 25, 2010

sk machang bubok

minggu ni masuk minggu keempat bagiku dan suami serta 2 rakan sekelas menjalani praktikum di SK Machang Bubok.begitu pantas masa berlalu..

seawal mendapat tahu kami ditempatkan  di sini, agak cuak rasanya memandangkan sekolah ini di antara sekolah terjauh untuk guru-guru pelatih semester 7..

alhamdulillah, sk machang bubok amat damai lagi permai serta menyenagkan hati.. sreonok melayan keletah murid.. mama pesan p skolah awal2 ni kne tnjuk muka garang.. takut budak2 naik kepala.. almaklumlah cikgu nya satu saiz ngan murid-murid je.huhu..

untuk praktikum kali ni, kami membahagikan jadual pengajaran mengikut kajian tindakan.. memudahkan perlaksanaan tugasan di samping memudahkan penyediaan rancangan pengajaran.. alhamdulillah, rakan2 guru pelatih sgt memahami dan saling bekerjasama.. rakan-rakan guru pula begitu murah dengan cerita pengalaman mereka yg amat berguna untukku yg baru merangkak di alam perguruan ini.. terima kasih semua!!~

hidup adalah anugerah.. =)

terima kasih Tuhanku atas nikmat kasih sayangMu..

Monday, February 22, 2010

Cinta berbau syurga

mahar cintaku~

mgu lalu, ketika berkunjung ke Giant Kulim, aku sempat menyambar senaskhah buku baru nukilan penulis kesukaanku, Habiburrahman El-Shirazy.. tajuk buku tersebut sengaja kupinjam untuk tajuk tulisanku kali ini.. =)

alhamdulillah.. pada hari ni, aku kmbali mencuri peluang menitipkan bicara di ruang ini.. sebuah kehidupan baru.. keceriaan yang berganda dan kebahagiaan yang melimpahi ruang hati.. Alhamdulillah, masih punya ruang untukku merasai nikmat kasih sayang Ilahi..

menjadi seorang isteri solehah adalah impian setiap wanita.. aku ingin menjadi sayap kiri perjuangan suamiku.. menegakkan daulah Islamiyyah.. membentuk bi'ah solehah dalam masyarakat.. berat amanah yang dipikul tapi inilah impian kecil kami bersama..insyaAllah dengan izinNya..

aku hanya insan biasa.. masih banyak kekurangannya..syukur suamiku tak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar.. membetulkan khilaf diri.. memuslehkan aku.. jazakallahu khair ya zaujil habiib.. aku ingin menjadi pendampingmu di dunia dan bidadarimu di akhirat..

buat suamiku tercinta, Mohd Ashraf bin Mohamad, terima kasih atas segalanya.. semoga kasih sayang kita tetap utuh dengan pemeliharaan dan lindungan Allah Yang Esa.. inilah jalan yang kami tempuh untuk mencari Redha Ilahi..

Monday, November 23, 2009

utlah

alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menamatkan semester 6 pengajianku.. keletihan dan kepenatan telah berlalu bersama paper akhir: hafazan al-quran hari khamis lepas..

اللهم جعلنا الناجحين والفائزين في الامتحان في الدنيا والآخرة

sem 6 ni lebih banyak tumpukan pada praktikum.. cuma blaja 3 subjek.. tapi semuany penting dn amat mencabar minda.huhu

dan satu lagi agenda kami,.....MQA..ble tringat dah rase lemah lutut.huhu.. ape pun, harap sgt dapat lengkapkn segala macam yg dperlukan dlm cti ni..

sk machang bubok..praktikum 3 bln thn dpn.. mcm2 ye..tp ni lah rencah hidup di maktab. aku reda dan akan cuba yg terbaik.

semoga tahun depan lebih baik dari sem2 sebelumnya...

dan....

satu agenda lagi,.. aku dan dia..

semoga kami diberi ketabahan untuk menghadapi segalanya..

tahun dpn. insyaAllah

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

amin..

qalbi hubbuk


Monday, November 2, 2009

sanah helwa ya abi..


1 nov 2009.. genap 57thn usia abah.. cepatny ms berlalu.....

skang abah berjuang dlm medannya di Tanah Suci.. dan aku juga berjuang di sini...begitu juga mama dan semuanya..

apa yg pasti,... aku dilanda kerinduan......

seorang insan ini,
sentiasa bersamaku...
memberi sokongan padu
dan insan ini...
sentiasa memberikan yg terbaik untuk kami, anak-anaknya
pengorbanannya terlalu besar

insan ini
xkenal erti putus asa
xjemu memakmurkan kebaikan
xgentar cabaran mendatang

menegur khilaf diri
satu tanggungjawabnya
aku bertuah..
dipinjamkan Penciptaku kepada insan seistimewanya..
abahku..

salam perjuangan untuk kita abah...

smg kta memperoleh keredhaanNya.. dunia dan akhirat

salam kerinduan dari anakmu,

smg abah memperoleh haji mabrur.. amin ya rabbal alamin




Tuesday, August 4, 2009

i'm a teacher.....to be!!~



alhamdulillah, sedar x sedar minggu ni dh minggu keenam kt sini. Sekolah Kebangsaan Tanah Liat. sekolah yang agak kecil saiznya namun mempunyai warga yang besar jiwanya. tidak kira guru mahupun murid, semuanya mempunyai kesungguhan dan iltizam dalam kerjabuat dan aktiviti mereka. hal ini membangkitkan keiltizamanku untuk sama-sama bangun bersama mereka dan memberi komitmen 200% dalam amanah yang diberi padaku.

aku tidak sempurna. seorang insan kerdil yang punya kelemahan dan ingin membina kekuatan diri. syukur padaNya kerana dalam perjalanan ini, aku dikurniakan teman yang setia dan amat memahami, rakan-rakan yang sedia bersama susah dan senang, dan secara jujurnya aku kini mulai belajar menilai intan, kaca dan permata. yang baik itu teladan bagiku. semoga ada ruang bagiku menjadi begitu. yang kurang baik itu sempadan bagiku, menjadi kayu ukur pemisah amalan hak dan batilku.

hidup adalah Anugerah yang Esa untukhambaNya. Syukur, aku masih dipelihara dalam Kasih Sayang dan CintaNYA.. hari ini hatiku tersenyum lagi..dan aku harap hatiku terus mengukir senyuman seindah ini bahkan mungkin lebih lagi.

Anak-anakku, ustazah bangga menjadi pembimbing kalian, marah ustazah kerana kasihkan kalian, tidak mahu hidup yang sementara ini disia-siakan tanpa ilmu yang akan membawa kalian ke SANA kelak. Bahasa Arab bahasa alat.dengannya pelbagai ilmu dapat kalian terokai. Sama pentingnya dengan bahasa Inggeris yang diagung-agungkan seluruh dunia.

Bahasa Arab bahasa Al-Quran. apabila kamu mempelajarinya kini dan menguasainya kelak kamu pasti merasakan manisnya hidup dengan nikmat bahasa Arab yang diketahui hasil usaha kalian sendiri. pasti terdetik di lubuk hatimu, " Beruntungnya aku mempelajari bahasa ini"

inilah secebis bicara yang terungkap kini untuk diriku dan anak-anak didik tercinta. Segalanya anugerah Yang Esa. Terima Kasih Tuhanku..

Allahu Akbar!

Saturday, November 1, 2008

rabitah hati~



alhamdulillah , dengan izinNya dapatlah majlis rabitah hati dilaksanakan.. secara jujurnya , majlis ni amat bermakna untuk diriku..dan rakan2 sekelas juga =)



-majlis rabitah hati~

kredit kepada sume rakan2 :
  1. Aqilah -PKK tersayang yang mengilhamkan nama majlis ini . tautan hati , simpulan kasih dn mcm2 cdgn lg..tp cdgn pkk gak yang terbaik.hehe

  2. Mra - meng'adobe' gambar dan menyediakan persembhn multimedia bersama mursyidah

  3. Tehah - sama2 meredah hujan g bm di malam hari..huhu

  4. Muzani - mc yang berkaliber

  5. Ashraf - mengendalikan hal ehwal makanan

  6. Muslimat yang same2 menyediakan souvenir dan tmpt jamuan

  7. Muslimin yang menyusun meja dan mengelolakan majlis

terutama skali untuk tutor yang dikasihi , Ustaz Nazmi bin Desa yang byk berkorban masa dan keringat untuk kami.. ustaz 1 dalam 1000 atau mungkin 1000 000 barangkali..

pengorbanan dan pengertian ustaz dalam mengendalikan 'keremajaan' anak-anak didiknya membuatkan aku terfikir panjang.....

mampukah aku menjadi sepertinya? dan masih adakah insan sepertinya lagi? cuba memupuk himmah dalam diri kami.. pelajarnya..

bicaranya penuh hikmah.tindakannya berhemah. memang beliau murabbi sejati..

buat teman-teman tersayang ,

setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.. semoga bicara penddik2 kita terkesan di hati dan menjuruskan kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengislah diri..

em , cuma berbaki 2thn untuk kta sama2 di sini.. smg waktu yang tersisa dapat kita hargai sebaiknya....

gambar bersama syeikh Prof. Dr. Abdul Razak Abdul Rahman as-Sa'di (seminar bahasa arab kali pertama 23 oktober 2008)..

ukhuwwah kita selamanya..


~sebutir bintang yang jauh menukilkan bicaranya~

Monday, October 20, 2008

express vacation~








reunion kedua kump 16 kolej perubatan seremban


masjid ubudiah


mgu lepas mama kol , gtau nak g knduri kawin anak pak cik zakariya dan wat reu 2nd time abah. memandangkan free time tu , leh la join skali.

17th okt
1.30 pm : parents amik kat mktb
3.30 pm : check in hotel seri malaysia , ipoh
4.15 pm : ziarah family pak cik yusof kt tmn perpaduan , ulu kinta
6.00 pm : shoping kt giant
8.30 pm : dinner kt dwn perdana 1 hotel seri msia with abah's membe
9.35 pm : ice breaking with my new members (kak yong , kak dalila , tasya dll- xknal sume.huhu~
9.45 pm : terima kunjungan sahabat dari IPIP
10.30 pm : mama jmpe sahabat
11.15 pm : sahabat balik maktab tp xsmpat jmpe abah.abah already loss in his memory lane.hehe
11.59 pm : gud nite ipoh. wanna sleep.zzzzzzz~

18th okt
6.oo am : subuh prayer
8.oo am : breakfast
10.30 am : sesi bergambar bersama keluarga kumpulan 16
12.00 pm : bertolak ke rumah kenduri (pak cik zakariya)
2.00 pm : ziarah ke rumah pak cik joe (our sponsor) dan pak cik man ghani
3.30 pm : shoping pasu dan bunga yang cantik bangat!! dan murah skali...ipoh mali ok jgak.hehe
4.40 pm : jamak ta'khir kt masjid ubudiah
5.00 pm : mkn laksa kuale dan ais kacang
membeli souvenir untuk kakak
6.45 pm : ziarah pak cik azmi di klinik kesihatan lenggong (mkn mee perak yang bes)
9.30 pm : last destination- umah pak long kat baling (ma ajmala baituhu.huhu
00.30 am : sampai umah.letih bgt sih...

untuk kali keempatnya , jumpa sahabat. ya. sahabat.hanya sahabat.xlebih dan xkurang.betul ke?huhu. ape pun , harap persahabatan ini dirahmatiNya dan sentiasa dalam pemeliharaan Allah Yang Esa.
skang dh kt mktb.memang express.letih tapi setiap saat yang dilalui sangat indah dan berharga. kadang2 aku terfikir, adakah kali kedua untuk semua ini? mgkin ada tp x seindah yang pertama. yang penting kita reda , pasrah dan berani menghadapi realiti bahawa hidup perlu diteruskan.

chaiyok2!!

Tuesday, September 9, 2008

kenangan BTN 08

menjadi salah seorang peserta BTN memberi 1001 pengalaman. byk kngn..sweetsour memories..huhu.. yg plg seronok sesi LDK.. 10 members n our happening n smart fasi , abg boy..

satu xtvt yg menarik adalah mencipta puisi mgunakan 10 benda yang terdapat di bilik tidur.. tgok ape yang jadi...hehe

terpotret wajah ayah dan bonda
penyeri suasana study di meja
tak lupa juga laptop berjasa
hadiah dari ayahanda tercinta

handphone berdering setiap hari
panggilan dari bonda kekasih di hati
maka kalendar sentiasa ditatapi
em.. bilalah boleh balik rumah lagi.huhu~

frame abangah tergantung di paku besi
pembakar semangat sumber inspirasi
membaca karangan al-qarni di malam hari
pendamai jiwa penenang hati

sebelum tidur jam disetkan
bersama bear hadiah teman
supaya subuh tak lambat , kuliah tak ketinggalan
amalan mathurat dapat diteruskan..

الحياة هدية من الله
العوائق فيها امتحانا
لتقرب الله
في اكتساب مرضات الله
dah lebih sebulan berlalu, tp msh rindu kt kwn2 ..
jurulatih -pak mail , pak mutalib , pak mat
fasi - ckgu wan , abg boy , abg jem , kak olin dll
masihkah ada pertemuan kedua buat kita? hanya doa mampu kuiringkan agar kalian sentiasa di bawah pengawasanNya seadanya..
-salam kerinduan dari bintang yang jauh......-