Saturday, June 23, 2012

bahaya lidah

menjadi seorang guru menuntut kita menguasai kemahiran interpersonal yang baik. dalam erti kata lain, kita perlu bijak menjaga hubungan sesama guru, anak murid, staf sokongan dan pekerja am. jika kita tersalah bicara, barangkali ia akan menjadi anak panah beracun yang akan membunuh perasaan kasih seseorang itu terhadap kita. nauzubillahi min zalik. amat takut apabila berbicara tentang manusia. Acapkali, hamba ini memanjatkan doa pada Tuhannya agar dipermudahkan urusannya- bicara mudah difahami - kata-kata yang menyenangkan hati- tidak mengguriskan hati sesiapa Agar kemampuan berbicara yang menjadi salah satu ciri manusia ini menjadi bermakna dan bernilai ibadah, Allah SWT menyerukan umat manusia untuk berkata baik dan menghindari perkataan buruk. Allah SWT berfirman : “Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku. “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” QS. 17: 53 Ya Allah, hamba ini amat cintakan kedamaian, satukanlah hati-hati kami dengan kami, titiskan halwa mawaddah dan rahmat agar berseminya cinta dalam hati-hati sang perinduMu ini. Amin Ya Rabbal Alamin

Wednesday, May 16, 2012

Murabbiah Ummah

Alangkah indahnya Kalau kita sebaik Khadijah Menguatkan suami dengan harta dan cinta Demi perjuangan untuk agama Alangkah indahnya Kalau kita sepemurah Aisyah Mencari-cari hatta sebiji kurma Untuk disedekahkan di jalan Allah Alangkah indahnya Kalau kita seberani dan sekuat Sumayyah Sanggup mempertahankan agama Hingga mati disula Alangkah indahnya Kalau kita dapat membisikkan bicara hati Setiap dinihari Seperti Rabiatul Adawiyah Mengucap bicara cinta pada TuhanNya "Aku menyembahmu bukan kerana takut nerakaMu Tidak juga mengharap syurgaMu Tapi kerana kemuliaan cintaku padaMu" Merekalah Murabbiah Ummah Yang sejarahnya bergelumang air mata dan darah Kesinambungan perjuangan mereka kini Menyemarakkan semangat yang rebah Mengubat hati-hati yang parah Akibat jauh dari Allah Ahh.. Diri yang lemah Alangkah indahnya.. Jikaatas kelemahan dan kekuatan diri yang ada Kita masih dapat bersyukur Lantaran apa yang terdaya kini Masih kurniaan Ilahi Lontarkanlah pandanganmu ke sana Murabbiah Ummah Dunia menantimu!!~ Sajak ini amat terkesan di hatiku. diterima daripada Ustazah Uraidah bt Abdul Wahab, SMKA Sultan Azlan Shah semasa tingkatan 3 (2002). Jazakillah khair ya Ustazah.. Selamat Hari Guru semua!!~

Wednesday, May 9, 2012

awlad uhibbuhu

semakin aku menyelami lautan pendidikan, semakin aku jatuh cinta pada ilmu. rupanya 'bermain' bersama anak-anak kecil amat menyeronokkan. mereka jujur,telus, banyak celoteh.yang pastinya hati ini amatlah berwarna-warni. Bahasa Arab tahun 2 dah masuk tajuk kelima. -Athathu baiti- (Perabot di rumah saya) belajar menguasai perkataan menggunakan body language. berkesan InsyaAllah...~ bagi tasmik pula, aku diberi amanah memimpin murid-murid tahun 1 Delta Palma dan seramai 16 orang murid tahun 2 Cocos Palma. bg tahun 2 dan ke at
as, kriteria pemilihan murid bagi mengikuti kelas tasmik ialah bacaan iqra' 3 dan ke bawah. Iqra' 4 dan ke atas dikira 'lulus' @ zon selamat dan boleh meneruskan bacaan samada di rumah, sekolah agama atau lain-lain tempat. di asrama pula, aku membimbing anak-anak puteri. pelbagai latar belakang sosioekonomi murid.pelbagai prestasi murid. aneka macam ragam dan karenah. semoga aku terus diberi kekuatan, kelapangan hati dan keikhlasan utk meneruskan segalanya. terima kasih Ya Allah, Kau masih mengizinkan hamba ini mencari ruang untuk terus mencintaimu Allahu Akbar!! (^_^)

Thursday, January 19, 2012

sktp 2012

allah allah.. tenangny hati bila masih berkesempatan bercerita di sini. sekarang dah mgu ketiga persekolahan. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. betul kata cikgu2 kat sekolah, mengajar petang adalah pilihan terbaik utk ibu beranak kecil. tirai 2012 ni dibuka dengan sangat baik. dapat luangkan banyak masa untuk Ilmi Munirah dan suami tercinta. P&P juga berjalan lancar. Cuma, masih perlukan masa untuk lebih bertaaruf dengan anak-anak tahun 1. cara nak bagi homework, nak 'tackle' hati, tangan dan mata mereka untuk memberi perhatian ketika P&P Bahasa Arab. Alhamdulillah, P&P Bahasa Arab dibiasakan dengan lughatul fasl, biarpun belum sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Apabila dah berada di sekolah dan menjadi lebih realistik, rasanya tariqah mubasyarah kurang relevan. masih perlu diperhalusi lagi. tiba-tiba teringatkan seorang murid lelaki comel tahun 1. Putra namanya. sangat banyak celotehnya. di dalam kelas, sebelum P&P biasanya saya mulakan dengan 'senaman ringan'. menyuruh mereka bangun (قِيَاما) dan duduk (جلوسا). teknik ini bertindak sebagai kawalan kelas selain menguji kepekaan murid terhadap arahan guru. ketika saya sedang menyemak latihan, Putra menyoal: "Ustazah, qiyaman dan julusan tu kembar ka?" tergamam seketika. "Kenapa kamu tanya macam tu?" Aku menyoalnya kembali "Sebab, bila qiyaaman ja juluusan.ad qiyaaman, ad la juluusan." Nak jawab apa ya?huhu satu situasi lagi ketika perhimpunan pertama di sekolah. setelah selesai nyanyian lagu negaraku dengan iringan muzik(radio), Putra menyoal dengan suara yang dapat didengar separuh dewan. "Muzik tu datang dari mana?" maka, tergelaklah cikgu ini di dalam hatinya.huhu. em rasanya dulu masa sekolah nakal jugak, tapi incik Putra ni +++ lagi. dia cerdik. berfikir dan menganalisa. satu perkara yang aku cemburu tentang dia; dia berani menyuarakan rasa hatinya. persoalan yang timbul di minda dizahirkan dengan pertanyaan kepada orang sekeliling. mungkin sebab itu dia sentiasa tersenyum. gembira. lapang dada. terang hati. semoga menjadi murid yang baik, soleh, beradab mithali (band 6)hehe. terpengaruh kssr. =) اللهم يسر ولا تعسر "Ya Allah Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini, janganlah Engkau menyukarkannya.."

Saturday, December 10, 2011

ada apa dengan cuti?

hmm.. seronok ke cuti? alhamdulillah.. hamba ini masih diizinkan Tuannya meneruskan perjalanan di bumi fana ini. cuti mmg seronok.. dapat rehat, luangkan masa bersama puteri tersayang, zauj tercinta dan kedua-dua ng dikasihi. tapi, adakalanya cuti membosankan juga apabila tak diisi sebaiknya.. membiarkan tidur menguasai seperdua hari kita. em alangkah ruginya!!~ bagiku, cuti adlah satu ruang untuk 'repair'. satu ruang utk kita bertenang, pejam mata, melihat dengan mata hati, berfikir dengan akal yang sejahtera dan bertindak atas landasan keimananan. ape tu?huhu sebagai guru, cuti ni sebagai ruang utk muhasabah diri dan post mortem. bagaimana pencapaian aku thn ni? berjayakah aku mendidik ank-anak muridku? adakah aku berjaya membentuk jiwa-jiwa Islam yang cintakan ilmu? atau sekadar memenuhi tuntutan jadual pengajaran dan pembelajaran yang menjadi akauntibilitiku? bagaimana hubunganku dengan rakan sejawat dan warga sekolah? emm, terasa masih banyak lompangnya.. sebagai ibu, Allah,begitu pantas masa berlalu. Ilmi Munirah berusia 9bln lebih sekarang. ms cuti amat-amatlah dinantikan sbb dapat meluangkan sepenuh masa bersama Ilmi.. puteri yang tangkas. bijak meniru. menemani abi dan uminya di ruang solat tanpa gangguan. semoga menjadi anak solehah. Ya Allah ,bimbinglah aku agar dapat menjadi ibu terbaik buat puteriku dalam apa jua keadaan. Amin Ya Rabb sebagai isteri, kadang-kadang mcm tak percaya yang aku dah berkahwin dan memiliki seorang puteri. sedar tak sedar, usia perkahwinan hampir menjangkau 2thn. Alhamdulillah. Ya Allah, Kau limpahkanlah rahmat kasih sayangMu agar dapat kami membina baitussaadah di dunia dan meneruskannya hingga ke akhirat kelak sebagai anak dan menantu, kalau dulu, asal cuti ja balik kg sniri..tp selepas berkahwin, dah ada 2kampung halaman. perlu ada tasamuh yang tinggi bersama pasangan.ms cuti sebegini adalah ruang untuk kita mengenali keluarga 'baru' dengan lebih rapat di samping memelihara hubungan dan mengeratkan silatirrahmi serta menghulurkan tangan, memberi bantuan mengikut keperluan dan kemampuan. mohon dibimbing utk bertindak sebaiknya.. Alhamdulillah tahun baru 1433H juga bermula dalam cuti persekolahan 2011. mengambil keberkatan awal Muharam, hamba ini berdoa agar segala tindakannya diredai, segala urusan dipermudahkan, dilapangkan dada, dimurahkan rezeki.. Ya Allah, bimbinglah aku untuk memperbaiki segala urusanku agar dapat daku memperbaik hubungan dan kecintaanku kepadaMu... Amin Ya Rabbal Alamiin.,~

Thursday, September 29, 2011

tentang kita..~

alhamdulillah.. aku masih dititipkan waktu untuk mendendangkan melodi jiwaku.. saat ini, puteriku telah enak dibuai mimpi..begitu pantas masa berlalu. Ilmi Munirah kini menjangkau usia 7 bulan. seusia itu jualah mohd ashraf dan hariatul hafidzah berada di daerah ini. Ya Allah, semoga keberadaan kami di sini diredaiMu.. 24 september 2011, sabtu sk taman palma telah menghantar seramai 14 orang peserta untuk menyertai Ihtifal j-QAF peringkat zon kamunting bertempat di SK Kamunting. antara pertandingan yang dipertandingkan: 1- ilqa' harkiy(action song) - 5 peserta (naib johan) 2- kuiz - 4 peserta ( tempat ketiga) 3- hiwar - 3 peserta 4- menulis jawi - 2 peserta (L- tempat kedua) alhamdulillah, penyertaan pertama yang tidak mengecewakan. smg lebih sukses pada tahun2 berikutnya. =) aku dan kak aini telah diberi mandat mengendalikan ilqa' harkiy. mmg mencabar. apatah lagi, pertandingan ini dianjurkan buat kali pertama pada thn ini. pada awalnya, kami bercadang untuk mengambil murid perempuan tahun 2, namun setelah mempertimbangkan segenap aspek, kami berubah fikiran. maka, terpilihlah incik hazeeq iskandar, razin, haiqal, shahiran dan ustaz zharif. em, jejaka2 ni berumur 9 tahun dan aktif2 belaka. hari ni, bg skrip, esk dh siap hafal.mmg hebat. sejujurnya anak-anak ini memang terang hati..mudah terima ilmu dan ajaran guru. senang bekerja bersama mereka. aku sekadar menyiapkan skrip, memilih lagu dan membantu penyediaan prop,manakala gaya dan persembahan murid dikendalikan oleh kak aini. tambahan pula, aku terlibat dengan kursus KSSR tahun 2 2012 selama 4 hari. dapat aku bayangkan kecuakan kak aini. alhamdulillah, biarpun masih bergelar pelatih IPG, komitmen dan kredibiliti yang ditunjukkan amat kukagumi. banyak perkara yang dipelajari darinya yang turut merupakan seniorku di SK Assam Kumbang. keciknya dunia kan!!~ dan pastinya kekuatan sesebuah team itu terletak pada kredibiliti ketuany. jazakallah khair ila Ustaz Firdaus, syeikh kabiir yang banyak memberi bimbingan dan dorongan. walaupun sedikit kalut, tapi kerjanya tip top. sangat teliti orangnya.dan tak hairanlah, ustaz msih belum menamatnya zaman bujangnya walaupun usianya melebihi setengah dekad umurku.hehe rakan-rakan segandingan yang tidak lokek berkongsi ilmu, kak mariah, kak sarimah dan kak aisyah. biarpun dihambat kesibukan, masing2 masih mampu berseloroh, bergelak ketawa bersama. tak lupa jgak buat 2 org ustaz yang 'mesra alam' dn amat berdedikasi. us heikal dn us iqbal.. thn dpn kte prepare awal dn buat lebih baik ye.hee.. syukran ala husni ta'awunikum. setiap yg berlaku pasti ad hikmahnya.
peserta ilqa harkiy (dari kiri:hazeeq, haikal, shahiran, zharif dan razin) ukhwah kita selamanya... =)

Saturday, July 9, 2011

ingin jadi solehah

saat bersiar-siar di alam maya, saya menyinggahi satu tulisan yang amat bermakna. smg bermanfaat untuk kita..

wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

dipetik daripada: http://jendelahikmah05.blogspot.com/2005/08/isteri-solehah-pasti-pelihara-10-sifat.html

kita mahukan yang soleh. tapi adakah kita sudah cukup solehah? dikurniakan suami yang amat memahami adalah satu anugerah buatku. perbezaan antara kami menjadikan kami saling melengkapi. nasihat dan tegurannya mematangkan aku yang keanak-anakan ini.

aku ingin menjadi solehah. isteri solehah.anak solehah. besar impian dan harapanku. aku masih meletakkan diriku seperti 14 tahun yang lalu. anak yang dimanjai, diberi sepenuh perhatian oleh ibu bapanya. alam kanak-kanak yang indah.. rindu...

aku lupa, aku kian menganjak dewasa. sudah berkeluarga.punya suami dan anak. punya mertua. hidup penuh tanggungjawab. matang. ya. kematangan dan akautabiliti sbg isteri, ibu dan anak.




Allah izinkan aku bertemu dengan suami yang soleh. tapi. sudah solehahkan aku?

renungan buat diri....