Friday, December 4, 2009

kecantikan wanita..~



Cantiknya seorang wanita itu..

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat  menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya…..


2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12.. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.



buat mereka yang disayangi

Pernahkah anda menatap orang-orang 
yg anda sayang saat mereka sedang tidur? 

Kalau belum, cubalah sekali saja menatap 
mereka saat sedang tidur. 
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling 
wajar dan paling jujur dari seseorang. 

Perhatikanlah ayah anda 
saat beliau sedang tidur. 
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat 
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, 
betapa rambut-rambut putih 
mulai menghiasi kepalanya, 
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. 
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras 
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. 
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal 
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. 

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda.... 
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan 
yang dulu halus membelai- belai 
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana 
menempuhi k'hidupan yg m'cabar demi kita. 
Orang inilah yang tiap hari 
menguruskn keperluan kita. 
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan 
membebeli kita semata- mata 
kerana rasa kasih dan sayang, 
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan. 

Cubalah menatap wajah orang-orang 
yang kita cintai..sayangi itu... 
Ayah, Ibu, Suami, 
Isetri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, 
Semuanya... 

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. 
Rasakanlah energi cinta yang mengalir 
perlahan-lahan
saat menatap wajah 
mereka yang terlelap itu. 

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir 
deras ketika mengingat betapa 
banyaknya pengorbanan yang telah 
dilakukan orang-orang itu untuk 
kebahagiaan anda. 

Pengorbanan yang kadang2 tertutupi oleh 
salah faham kecil yang entah 
kenapa selalu saja nampak besar. 

Secara ajaib Tuhan mengatur agar 
pengorbanan itu akan tampak lagi 
melalui wajah-wajah jujur mereka 
saat sedang tidur. 

Pengorbanan yang kadang melelahkan 
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan. 
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu utk mengungkap segalanya. 

Tanpa kata, tanpa suara dia 
berkata... "betapa 
lelahnya..penatnya aku hari ini". 
Dan penyebab lelah/penat itu? 
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah 
KITA..... 

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, 
isteri yang bekerja keras mengurus dan 
mendidik anak, juga rumah. 
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang 
telah menemani hari-hari suka dan duka 
bersama kita. 

Resapilah kenangan-kenangan manis dan 
pahit yang pernah terjadi dengan 
menatap wajah-wajah mereka. 
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan 
rasa terharu seketika menerpa jika 
mengingat itu semua. 

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika 
esok mereka "orang-orang terkasih itu" 
tak lagi membuka matanya, 
untuk selamanya ... "



syukran kakak sbb forwardkn email ni.. (^_^)

pesanan buat insan bergelar lelaki

RAHSIA perempuan yang lelaki PERLU tahu..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak  menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila  hubungan itu putus di tengah jalan).

 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung  tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi  hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan  tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia  menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

 19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

 22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

 27. Senjata wanita adalah airmata!!

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan  romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita  pandai-pandailah...

 30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu  hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

tentang hati dan perasaan insan bergelar wanita.. saat ni mungkin ada yang tersenyum dan mula berfikir.. sama-sama menghisab diri..

mencari cinta- (^_^)

satu yg kene ingt,...

Cinta Teragung kita hanya untukNya
semoga kita dipertemukan dengan insan yg mencintai kita keranaNya..

personaliti wanita melalui cara berjalan...


jom kte bce sesama...


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berj! alan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berj! alan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


boleh percaya ke?jeng3

Wednesday, December 2, 2009

Sebab Pemilihan Tajuk

Tujuan perbincangan ini dan penetapan tajuknya adalah kerana sejak beberapa minggu yang lalu, Syeikh Mu'jib ad-dusiry (Abu Dar'a), bekas Mudir Pusat Dakwah dan Bimbingan Qatar telah mengirimkan kepada saya helaian bergambar daripada akhbar Shaqiiqah yank g diterbitkan di Bahrain berkaitan استلحاق اللقطاء dan keturunan (nasab) yang tidak diketahui.

Adalah suatu kejutan yang besar bagi saya dan sesiapa yang telah membaca artikel ini yg diambil daripada Mahkamah Tinggi Syariah di mana keputusan yang diputuskan adalah:
1- setiap anak yang dipelihara dan tidak diketahui nasabnya dapat diberikan kepada mereka apa yang dikehendaki, sebagaimana yang dikehendaki,
2- menggabungkan anak-anak itu kepadanya,
3- menyandarkan mereka kepada nasabnya ,
4- memberikan mereka nama dan gelarannya, serta memberikan mereka hak-hak sebagai anak.

Inilah realitinya. sesuatu yang pelik. Sangat Pelik.

Pengenalan

بسم الله الرحمن الرحيم 


Segala puji bagi Allah Subhanu wa taala , selawat dan salam ke atas khairul anbiya' dan rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, ahli keluarga baginda, para sahabat, para da'ie dengan dakwahnya menunjukkan jalan kebenaran dan sentiasa berjihad hingga hari kiamat.


Ya Allah, ajarkan kami apa yang bermanfaat bagi kami, manfaatkanlah kami dengan apa yang Kau ajarkan pada kami, luaskanlah ilmu kami,


kami memujiMu Ya Allah atas segala perkara,  dan kami berlindung denganMu daripada keadaan ahli neraka.


wahai saudaraku, sebaik-baik penghormatan adalah dengan Islam, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Perbincangan kita pada malam ini adalah berkaitan al-istilhaq dan pengambilan anak angkat dan hukum-hukumnya dalam syariat Islam.


Sesungguhnya, mempelajari hukum-hukum syariat dan feqah dalam agama Islam adalah wajib atas kita, khususnya dalam perkara syubhah. Di dalam kesangsian(syubhah) itu, kita wajib  mengetahui dan membezakan antara halal dan haram, hingga tidak bercampur antara keduanya serta tidak memakaikan kebenaran itu dengan kebatilan. 



تمهيد



بسم الله الرحمن الرحيم ، إن شاءالله في هذاليوم، سأبدأ قرائتي و تحليلي عن الكتاب الخاص وهو هدية متواضعة عاطرة بالحب من محاضري الحبيب ، أبو حنان.
 
اسم الكتاب : الاستلحاق والتبنى في الشريعة الإسلامية
من : دكتور يوسف القرضاوي
المؤلف : خالد خليفة السعد
الناشر : مكتبو وهبة ، قاهرة

لعلنا ان نستفد منه و أرجو من الله ان يستعينني في اكمال ترجمة النسخة.
والله تعالى أعلم

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته