kalam tertitip lagi di sini.. saat ini, hatiku tersenyum lagi.. merafak syukur pada Yang Esa atas nikmat kurniaanNya.. Ilmi Munirah dh berusia empat bulan setengah sekarang.. dah pandai meniarap, panggung kepala.. kalau dipanggil dah pandai cari arah suara dan hadiahkan senyuman yang indah.. Alhamdulillah.. Terima kasih Tuhanku..
dan sekarang, dah hampir dua bulan kembali ke sekolah selepas cuti bersalin.. SK Taman Palma memang best. warga sekolah yang mesra, saling membantu dan hidup ibarat satu keluarga.. semoga suasana ini berterusan.. rupanya menjadi guru sebenar dan guru praktikum ni tak sama.. nama pun dah lain kan.huhu. menjadi guru sebenar ni menuntut kita lebih komited terhadap tugas. amanah yang dipikul lebih berat.
di sini, aku diberi mandat mengajar Bahasa Arab bagi keempat-empat kelas tahun 2. dari kelas terbaik hingga kelas ke belakang..terasa perbezaannya.. walaupun tajuk pnp yang sama, tariqah yang digunakan tak sama.rph berbeza. bagi kelas pandai, aku cuba mengoptimumkan potensi mereka. pelbagaikan aktiviti dan bentukpengayaan yang diberikan. bagi kelas akhir pula, aku mencari jalan untuk membolehkan mereka menguasai perkataan yang dipelajari. satu cabaran bagiku ialah, aku memilih untuk menggunakan tariqah mubasyarah dalam kelas. jadi abm dan body language perlu memainkan peranan.
pnp pendidikan islam, setakat ni alhamdulillah.. cuma dalam aspek content perlu diperkemaskan. dan satu lagi penyampaian.. kita tau sesuatu ilmu tu, ttp bagaimana nak sampaikan kepada murid-murid mengikut tahap mereka.memberi kefahaman yang betul dan penghayatan yang sebenar.. cabaran yang tak kurang hebatnya.. aku juga menerima mandat mengajar satu kelas tahun 6. kelas terakhir. masalah yang dihadapi tidak kurang mantopnya= KAWALAN KELAS. anak-anak didikku ini terdiri daripada mereka yang kurang motivasi dan lebih menyedihkan ada yang tidak tahu menulis jawi. aku cuba sedayanya membantu mereka. semoga beberapa bulan yang berbaki ini memberi ruang padaku untuk membimbing mereka, setidak-tidaknya membentuk mereka berakhlak mulia, menjadi insan berjasa. em, mgikut pengalaman ckgu2, anak2 yang macam ni la ingt cikgu..btl tak? =)
Jawi oh jawi.. nak mengajo jawi ni kite kene mahir dulu.. kalo x, nati bagi ajaran sesat kat budak2....huhu.. luckily, mentorku, ustazah sarimah sangatlah hebat dalam bidang ni.. beliau amat banyak memberi bimbingan dan sumbangan untukku mendalami kemahiran menulis jawi ni.. smg keberkatan ilmu ustazah sarimah akan sampai kepada anak-anak didikku dan mereka akan celik jawi pas ni.. =)
hidup yang penuh warna.terima kasih Tuhanku.. sejambak kasih sekuntum cinta buat zaujku.. Mohd Ashraf Mohamad.. dirimu terlalu istimewa.. <
" A great marriage is not when the perfect couple becomes together. it is when the imperfect couple learns to enjoy their differences"
semoga Redha Allah mengiringi perjalanan hidup kita... @>>-----
No comments:
Post a Comment