Saturday, December 10, 2011

ada apa dengan cuti?

hmm.. seronok ke cuti? alhamdulillah.. hamba ini masih diizinkan Tuannya meneruskan perjalanan di bumi fana ini. cuti mmg seronok.. dapat rehat, luangkan masa bersama puteri tersayang, zauj tercinta dan kedua-dua ng dikasihi. tapi, adakalanya cuti membosankan juga apabila tak diisi sebaiknya.. membiarkan tidur menguasai seperdua hari kita. em alangkah ruginya!!~ bagiku, cuti adlah satu ruang untuk 'repair'. satu ruang utk kita bertenang, pejam mata, melihat dengan mata hati, berfikir dengan akal yang sejahtera dan bertindak atas landasan keimananan. ape tu?huhu sebagai guru, cuti ni sebagai ruang utk muhasabah diri dan post mortem. bagaimana pencapaian aku thn ni? berjayakah aku mendidik ank-anak muridku? adakah aku berjaya membentuk jiwa-jiwa Islam yang cintakan ilmu? atau sekadar memenuhi tuntutan jadual pengajaran dan pembelajaran yang menjadi akauntibilitiku? bagaimana hubunganku dengan rakan sejawat dan warga sekolah? emm, terasa masih banyak lompangnya.. sebagai ibu, Allah,begitu pantas masa berlalu. Ilmi Munirah berusia 9bln lebih sekarang. ms cuti amat-amatlah dinantikan sbb dapat meluangkan sepenuh masa bersama Ilmi.. puteri yang tangkas. bijak meniru. menemani abi dan uminya di ruang solat tanpa gangguan. semoga menjadi anak solehah. Ya Allah ,bimbinglah aku agar dapat menjadi ibu terbaik buat puteriku dalam apa jua keadaan. Amin Ya Rabb sebagai isteri, kadang-kadang mcm tak percaya yang aku dah berkahwin dan memiliki seorang puteri. sedar tak sedar, usia perkahwinan hampir menjangkau 2thn. Alhamdulillah. Ya Allah, Kau limpahkanlah rahmat kasih sayangMu agar dapat kami membina baitussaadah di dunia dan meneruskannya hingga ke akhirat kelak sebagai anak dan menantu, kalau dulu, asal cuti ja balik kg sniri..tp selepas berkahwin, dah ada 2kampung halaman. perlu ada tasamuh yang tinggi bersama pasangan.ms cuti sebegini adalah ruang untuk kita mengenali keluarga 'baru' dengan lebih rapat di samping memelihara hubungan dan mengeratkan silatirrahmi serta menghulurkan tangan, memberi bantuan mengikut keperluan dan kemampuan. mohon dibimbing utk bertindak sebaiknya.. Alhamdulillah tahun baru 1433H juga bermula dalam cuti persekolahan 2011. mengambil keberkatan awal Muharam, hamba ini berdoa agar segala tindakannya diredai, segala urusan dipermudahkan, dilapangkan dada, dimurahkan rezeki.. Ya Allah, bimbinglah aku untuk memperbaiki segala urusanku agar dapat daku memperbaik hubungan dan kecintaanku kepadaMu... Amin Ya Rabbal Alamiin.,~

Thursday, September 29, 2011

tentang kita..~

alhamdulillah.. aku masih dititipkan waktu untuk mendendangkan melodi jiwaku.. saat ini, puteriku telah enak dibuai mimpi..begitu pantas masa berlalu. Ilmi Munirah kini menjangkau usia 7 bulan. seusia itu jualah mohd ashraf dan hariatul hafidzah berada di daerah ini. Ya Allah, semoga keberadaan kami di sini diredaiMu.. 24 september 2011, sabtu sk taman palma telah menghantar seramai 14 orang peserta untuk menyertai Ihtifal j-QAF peringkat zon kamunting bertempat di SK Kamunting. antara pertandingan yang dipertandingkan: 1- ilqa' harkiy(action song) - 5 peserta (naib johan) 2- kuiz - 4 peserta ( tempat ketiga) 3- hiwar - 3 peserta 4- menulis jawi - 2 peserta (L- tempat kedua) alhamdulillah, penyertaan pertama yang tidak mengecewakan. smg lebih sukses pada tahun2 berikutnya. =) aku dan kak aini telah diberi mandat mengendalikan ilqa' harkiy. mmg mencabar. apatah lagi, pertandingan ini dianjurkan buat kali pertama pada thn ini. pada awalnya, kami bercadang untuk mengambil murid perempuan tahun 2, namun setelah mempertimbangkan segenap aspek, kami berubah fikiran. maka, terpilihlah incik hazeeq iskandar, razin, haiqal, shahiran dan ustaz zharif. em, jejaka2 ni berumur 9 tahun dan aktif2 belaka. hari ni, bg skrip, esk dh siap hafal.mmg hebat. sejujurnya anak-anak ini memang terang hati..mudah terima ilmu dan ajaran guru. senang bekerja bersama mereka. aku sekadar menyiapkan skrip, memilih lagu dan membantu penyediaan prop,manakala gaya dan persembahan murid dikendalikan oleh kak aini. tambahan pula, aku terlibat dengan kursus KSSR tahun 2 2012 selama 4 hari. dapat aku bayangkan kecuakan kak aini. alhamdulillah, biarpun masih bergelar pelatih IPG, komitmen dan kredibiliti yang ditunjukkan amat kukagumi. banyak perkara yang dipelajari darinya yang turut merupakan seniorku di SK Assam Kumbang. keciknya dunia kan!!~ dan pastinya kekuatan sesebuah team itu terletak pada kredibiliti ketuany. jazakallah khair ila Ustaz Firdaus, syeikh kabiir yang banyak memberi bimbingan dan dorongan. walaupun sedikit kalut, tapi kerjanya tip top. sangat teliti orangnya.dan tak hairanlah, ustaz msih belum menamatnya zaman bujangnya walaupun usianya melebihi setengah dekad umurku.hehe rakan-rakan segandingan yang tidak lokek berkongsi ilmu, kak mariah, kak sarimah dan kak aisyah. biarpun dihambat kesibukan, masing2 masih mampu berseloroh, bergelak ketawa bersama. tak lupa jgak buat 2 org ustaz yang 'mesra alam' dn amat berdedikasi. us heikal dn us iqbal.. thn dpn kte prepare awal dn buat lebih baik ye.hee.. syukran ala husni ta'awunikum. setiap yg berlaku pasti ad hikmahnya.
peserta ilqa harkiy (dari kiri:hazeeq, haikal, shahiran, zharif dan razin) ukhwah kita selamanya... =)

Saturday, July 9, 2011

ingin jadi solehah

saat bersiar-siar di alam maya, saya menyinggahi satu tulisan yang amat bermakna. smg bermanfaat untuk kita..

wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

dipetik daripada: http://jendelahikmah05.blogspot.com/2005/08/isteri-solehah-pasti-pelihara-10-sifat.html

kita mahukan yang soleh. tapi adakah kita sudah cukup solehah? dikurniakan suami yang amat memahami adalah satu anugerah buatku. perbezaan antara kami menjadikan kami saling melengkapi. nasihat dan tegurannya mematangkan aku yang keanak-anakan ini.

aku ingin menjadi solehah. isteri solehah.anak solehah. besar impian dan harapanku. aku masih meletakkan diriku seperti 14 tahun yang lalu. anak yang dimanjai, diberi sepenuh perhatian oleh ibu bapanya. alam kanak-kanak yang indah.. rindu...

aku lupa, aku kian menganjak dewasa. sudah berkeluarga.punya suami dan anak. punya mertua. hidup penuh tanggungjawab. matang. ya. kematangan dan akautabiliti sbg isteri, ibu dan anak.




Allah izinkan aku bertemu dengan suami yang soleh. tapi. sudah solehahkan aku?

renungan buat diri....

senyum =)

بسم الله الرحمن الرحيم

kalam tertitip lagi di sini.. saat ini, hatiku tersenyum lagi.. merafak syukur pada Yang Esa atas nikmat kurniaanNya.. Ilmi Munirah dh berusia empat bulan setengah sekarang.. dah pandai meniarap, panggung kepala.. kalau dipanggil dah pandai cari arah suara dan hadiahkan senyuman yang indah.. Alhamdulillah.. Terima kasih Tuhanku..

dan sekarang, dah hampir dua bulan kembali ke sekolah selepas cuti bersalin.. SK Taman Palma memang best. warga sekolah yang mesra, saling membantu dan hidup ibarat satu keluarga.. semoga suasana ini berterusan.. rupanya menjadi guru sebenar dan guru praktikum ni tak sama.. nama pun dah lain kan.huhu. menjadi guru sebenar ni menuntut kita lebih komited terhadap tugas. amanah yang dipikul lebih berat.

di sini, aku diberi mandat mengajar Bahasa Arab bagi keempat-empat kelas tahun 2. dari kelas terbaik hingga kelas ke belakang..terasa  perbezaannya.. walaupun tajuk pnp yang sama, tariqah yang digunakan tak sama.rph berbeza. bagi kelas pandai, aku cuba mengoptimumkan potensi mereka. pelbagaikan aktiviti dan bentukpengayaan yang diberikan. bagi kelas akhir pula, aku mencari jalan untuk membolehkan mereka menguasai perkataan yang dipelajari. satu cabaran bagiku ialah, aku memilih untuk menggunakan  tariqah mubasyarah dalam kelas. jadi abm dan body language perlu memainkan peranan.

pnp pendidikan islam, setakat ni alhamdulillah.. cuma dalam aspek content perlu diperkemaskan. dan satu lagi penyampaian.. kita tau sesuatu ilmu tu, ttp bagaimana nak sampaikan kepada murid-murid mengikut tahap mereka.memberi kefahaman yang betul  dan penghayatan yang sebenar.. cabaran yang tak kurang hebatnya.. aku juga menerima mandat mengajar satu kelas tahun 6. kelas terakhir. masalah yang dihadapi tidak kurang mantopnya= KAWALAN KELAS. anak-anak didikku ini terdiri daripada mereka yang kurang motivasi dan lebih menyedihkan ada yang tidak tahu menulis jawi. aku cuba sedayanya membantu mereka. semoga beberapa bulan yang berbaki ini memberi ruang padaku untuk membimbing mereka, setidak-tidaknya membentuk mereka berakhlak mulia, menjadi insan berjasa. em, mgikut pengalaman ckgu2, anak2 yang macam ni la ingt cikgu..btl tak? =)

Jawi oh jawi.. nak mengajo jawi ni kite kene mahir dulu.. kalo x, nati bagi ajaran sesat kat budak2....huhu.. luckily, mentorku, ustazah sarimah sangatlah hebat dalam bidang ni.. beliau amat banyak memberi bimbingan dan sumbangan untukku mendalami kemahiran menulis jawi ni.. smg keberkatan ilmu ustazah sarimah akan sampai kepada anak-anak didikku dan mereka akan celik jawi pas ni.. =)

hidup yang penuh warna.terima kasih Tuhanku.. sejambak kasih sekuntum cinta buat zaujku.. Mohd Ashraf Mohamad.. dirimu  terlalu istimewa.. <

 " A great marriage is not when the perfect couple becomes together. it is when the imperfect couple learns to enjoy their differences"


semoga Redha Allah mengiringi perjalanan hidup kita... @>>-----
 

Tuesday, March 29, 2011

18 Februari 2011

Ada apa dengan 18 februari 2011??huhu.. tarikh yang penuh makna dalam hidupku.. tepat jam 8.30 malam aku telah selamat melahirkan puteri sulungku. Dan secara rasmilah maka Pn Hariatul Hafidzah dan En Mohd Ashraf telah naik pangkat menjadi umi dan abi.. (^_^)

Perasaan yang berbaur. Macam2 ada.. Cahaya mata sulung kami dinamakan Ilmi Munirah. Ilmuku yang bercahaya.. Anak masa stadi ni.. sama2 menulis tesis bersama umi dan abi die dulu. Ilmi dilahirkan melalui pembedahan lower segment caesarean section (LSCS). mengikut rencana asal, aku dijangka bersalin normal. tetapi semuanya bukan urusan kita. Aku yakin, Allah mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.
نحن في التفكير والله في التدبير

Jam 1.30pm, aku dibawa masuk ke labour room. ketika itu bukaan adalah 3cm. Katil no 8 @ labour room Hospital Taiping.memang akan ingat sampai bila2.huhu.. doktor2 ny baik dan begitu komited. setelah ditukar pakaian, dr memasukkan 1 drip air. denyutan jantung anak juga mula diperiksa. aku mengalami kontraksi. Untuk yang pertama kali merasainya sepertiku, memang sakit..beginilah rupanya dulu mama dan semua ibu bersusah payah melahirkan kita. memang sesuai digunakan istilah 'bertarung nyawa'.

jam 6.30pm, bukaanku diperiksa sekali lagi dan ia masih sama seperti 5jam yang lalu.air ketuban dah pecah.maka dr meminta persetujuanku bagi melakukan pembedahan.sebab apa? bile ketuban dah pecah, ada risiko bayi lemas. aku meminta dr bertanyakan kpd suamiku yang setia menanti di luar. setelah persetujuan diperoleh, aku perlu menandatangani beberapa dokumen sebelum ditolak ke dewan bedah.

tiada apa yang kufikirkan saat itu.hanya permata hatiku. semoga dirimu selamat lahir ke dunia sayang..


Alhamdulillah, aku sempat mencium tangan suami dan mertuaku yang dibenarkan menemuiku sebelum dibedah. sebak rasanya.

aku dibius separa sedar. bahagian dada ke bawah sahaja. sehelai kain diletakkan di atas dadaku bagi menghalang pandanganku daripada melihat proses pembedahan tersebut. Mataku hanya memandang jam dinding di bilik itu. pandanganku kosong. Badanku sudah tidak bermaya. Aku hanya inginkan tanda cintaku dan suamiku lahir ke dunia.  permata hati umi dan abi.

tepat jam 8.30pm, aku mendengar suara tangisan. alhamdulillah.. anakku dibawa untuk diperiksa dan dimandikan dan para doktor meneruskan usaha mereka.mengeluarkan uri dan menjahit kembali rahimku. setelah beberapa ketika aku dihampiri seorang dr muda;

pn Hariatul2x, tengok anak ni.. anak lelaki ke perempuan?"
aku mendongak dan sambil tersenyum menjawab, " anak girl"

setelah itu bayiku dibawa untuk pemeriksaan seterusnya. jam 9.30pm, aku ditolak ke wad kembali. sebelum itu, aku sempat bertemu suami, ibu bapa mertuaku, naim dan anas. mama dan abah masih dalam perjalanan. mama dan abah hanya sempat menemui cucu ketiga mereka pada malam itu dan aku hanya menemui mereka pada keesokan harinya.

Ilmi Munirah binti Mohd Ashraf


         Wan menyuapkan air zamzam kpd Ilmi. Inilah makanan pertamanya. Smg beroleh barakahnya..

Alhamdulillah, segala pujian hanya untukNya. Inilah anugerah Dia buat kita hambaNya.. Anugerah dan ujian.

Ya Allah, kau bimbinglah aku dan suamiku
agar dapat kami membentuk acuan solehah
dengan siraman mawaddah wa rahmah
membajainya dengan ilmu ukhrawi dan duniawi
menghiasinya dengan akhlak terpuji

agar kelak
kami dapat memulangkan pinjamanMu ini
dalam sebaik-baik keadaan
dan Kau himpunkan kami kembali
di JannahMu

Amin YA Rabbal Alamin

Monday, January 31, 2011

buat mujahidah kecil

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


secangkir bicara buat permata hati abi dan umi
mujahidah kecil yang menemani umi hampir 39 minggu..hingga saat ini..

anakanda,
kala bicara ini dinukilkan, umi dan abi teramat-amat merindui kehadiranmu..sebagai pelengkap dan penyeri  syurga kecil yang terbina..

anakanda yang amat memahami...
umi sangat rindukanmu.. rindu untuk bertemu seorang mujahidah kecil yang sangat istimewa di hati kami.. puteri yang tidak banyak meragam dan kerenahnya.. malahan amat setia menemani umi sepanjang tempoh pengajian umi dan abi.. semoga anakanda menjadi anak yang solehah..

anakanda yang dikasihi..
saat ini, umi dan abi menghitung hari..bilakah saatnya akan bertemu mujahidah kecil ini? sekali lagi umi terharu.. zuriat yang menemani umi ni rupanya tidak sesekali ingin menimbulkan kerumitan untuk abi dan uminya.. mungkin anakanda ingin hadirkan diri tatkala keadaannya lebih baik..setelah umi dan abi memasuki alam pekerjaan. subhanallah.. betapa dirimu amat  kami nantikan..

dirimu adalah anugerah dari Yang Esa.. anugerah yang dipinjamkan dariNya untuk umi dan abi..adakalanya umi dilanda kerisauan, adakah diri ini cukup bersedia untuk menjadi murabbiahmu? mampukah umi dan abi mendidikmu sebaiknya mengikut lunas-lunas dan syariat Islam yang sempurna? mampukah dirimu dibentuk seindah peribadi fatimah azzahra? secerdas saidatina aisyah?secekal maryam? sehebat saidatina khadijah dan rabiatul adawiyah?..

umi dan abi cuba menjadi murabbi terbaikmu kelak.. semoga anakanda terdidik dalam persekitaran yang baik, menjadi kakak terbaik untuk adik-adikmu kelak.. jua mar'ah solehah.. dikasihi, disenangi insan-insan di sekelilingmu..

akhir kata dari umi mu,
kehadiranmu amat dinantikan.. selamat datang ke dunia nyata dan marilah sama-sama kita makmurkan syurga kecil kita di dunia dan membawanya hingga ke syurga nan abadi fil jannah.

salam sayang dari abi dan umimu... (^_^)
kehadiranmu dinantikan...........