Monday, October 25, 2010

indahnya ukhuwah

majlis penutupan gerko 2010.. majlis yg terakhir yg diikuti sebelum menamatkan perjalananku di perhentian ini. bagiku majlis kali ini punya kenangan dan cerita yang tersendiri. yang pastinya, generasi IPGKTB kian menyerlahkan bakatnya. sedikit sebanyak aku bangga bergelar warga institut ini. (^_^)

kurang lebih 30 minit sebelum majlis berakhir, suasana dewan yang awalnya bergema dengaan sorak-sarai para guru pelatih lengang.masing2 menumpukan sepenuh perhatian pada satu persembahan multimedia: dedikasi khas buat arwah syamil basri.

sejurus selepas tu, tampil sekumpulan anak muda..segak berkemeja putih.. mendendangkan dua buah nasyid yang bagiku amat bermakna khususnya buat mereka.. dedikasi buat teman yang dirindui.PASTI. perasaanku berbaur.aku tidak terlalu mengenali mereka..sekadar adik-adik junior yang masih dapat bertukar senyuman, bertegur sapa di jalanan.

yang pasti hatiku amat tersentuh dengan kekuatan ukhuwah yang mereka miliki. anak muda yang mendendangkan nasyid tersebut bukanlah mereka yang biasa memegang mikrofon, mengalun suara di khalayak ramai.sebaliknya, mereka teramat 'low profile'. namun, atas dasar persahabatan, wajah mereka tampil di pentas dengan alunan suara yang tidak kurang hebatnya. arwah sememangnya vokalis nasyid yang bersuara padu..tak sangka sahabat2nya turut terkena tempias itu.. =D

"masih banyak bakat2 terpendam yang belum dicungkil di IPTB ni.."

dewan terus dan sunyi dan sunyi..seperti turut memahami isi hati seluruh warganya tika itu.. tanpa sedar mataku bergenang.. tiada kata yang terungkap..

buat adik-adikku, bersabarlah.. memang sakit kehilangan orang yang kita sayang.. tapi kite tetap perlu meredakannya.. kerana satu hari, kita pasti akan menuruti langkah mereka.. entah bila.. sama2 kita doakan arwah syamil ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman.. tidak dilupakan, adik fatihi yang masih berjuang di Hospital Kulim.. adik perlu kuat.. berjuanglah demi insan-insan yang mengasihimu..

dan buat teman-teman baik arwah dan adik fatihi.. terima kasih kerana menghargai sebuah persahabatan.

sebuah lagu dendangan AMAR yang kuminati: cebisan kenangan

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

buat sahabatku Mardhiah Mohd Shahabudin..lagu ini untukmu.. semoga masih ada pertemuan buat kita..aku amat merinduimu....

No comments: