malam ni berehat seketika..masa untuk bertenang.. mencari masa menukilkan sesuatu di laman ini. hari ini, buat kali keempatnya tesis telah disubmit kepada pensyarah.. alhamdulillah anak-anak Bahasa Arab masih diberi kekuatan untuk mengusaikan buah terakhir bagi melengkapkan program pengajian kami di IPG.
syukur kerana kami dikurniakan pensyarah yang amat mengambil berat dan sentiasa berlapang dada membantu kami.. hingga tengah hari tadi, cuma tinggal beberapa aspek teknikal yang perlu dibetulkan.. esok jam 8pagi, pertemuan bersama ustaz2 dan meneruskan usaha penambahbaikan terakhir sebelum penjilidan tesis. cepatnya masa berlalu..
sedari awal tahun ni, dah mula fikirkan isu kajian yang ingin dijalankan.. ketika praktikum fasa 3 pula dah memulakan tinjauan awal..alhamdulillah, permulaan yang baik. dan semasa internship maka bermulalah proses pengumpulan data dan sebagainya...
alhamdulillah, dalam terasa berat ujian yang mendatang, hatiku terasa tenang menghadapi segalanya.. jazakallahu khairul jaza' ya zauji.. dirimu sentiasa di sampingku.. berkongsi idea..mendengar celoteh yang berjela.. sungguh aku tahu adakala kau penat melayannya..namun senyuman yang kau hadiahkan membenarkan segalanya..
cuti pertengahan semester kami manfaatkan untuk membuat sedikit rujukan.antara tempt yang dikunjungi ialah perpustakaan BPG dan Univ Islam Antarabangsa.. dan itu bukanlah kunjungan terakhir kita ke situ. setelah bermulanya semester baru, kita merancang ziarah ke BPG, UIA, UM dan USIM. kali bukan berdua sebaliknya bersama rakan sekelas dan Ustaz Rahim. alhamdulillah..satu memori indah yang terpatri dalam ingatan..
setelah itu, bermulalah sesi penulisan laporan yang beronak ranjau.. cabaran utama; ditulis di dalam bahasa arab.akhirnya.huhu. ustaz rahim selaku pensyarah pembimbing banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar dan tips-tips penulisan yang baik.. terima kasih ustaz!!~
dan akhirnya pada 12 okt 2010, Pn Hariatul Hafidzah menjadi peserta pertama membentangkan kajian tindakan dalam seminar penyelidikan tindakan.huhu. peserta pertama sangat berisiko. ape2 yang ni lah akan kena dulu.huhu.. tapi,syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. Allah permudahkan urusan.. mungkin juga kerana ada yang menemaniku.. =)
setiap detik hidup kita penuh dengan debaran. apa akan jadi selepas ni? bagaimana keadaanku esok? apa kesudahannya? dsb...
syukur ke hadratNya, hingga saat ni aku masih mampu mengukir senyuman.. terima kasih buat zaujku yang sentiasa sibuk dan lapang bersamaku..dalam keletihan memerah otak, seteko teh buat melegakan kehausan.. ketika kurang urusan kerja, pelbagai aktiviti dilakukan.terasa indahnya kehidupan setelah bersamamu..
terima kasih buat mama dan abah yang merestui hubungan ini.. perkahwinan semasa belajar memang banyak dugaan. alhamdulillah, segalanya untuk mematangkan diri.. sokongan moral dan kasih sayang tak bertepi dari mama, abah, mak dan abah amat akak hargai. terima kasih atas segalanya..
dan kini, hariatul hafidzah dan mohd ashraf hampir di penghujung perjuang destinasi pertama.. doakan kami. masih jauh perjalanan selepas ini dan aku yakin perjuangan ini pasti tidak sunyi daripada dugaan dan cabarannya.. semoga kami diberi kekuatan dan dijitukan mahabbah untuk mengatasi segalanya.
buat sahabat-sahabat pismp bahasa arab 2005-2010.. kenanagan bersama kalian takkan kulupa selamanya. tak sangka dah hampir 5thn setengah kita kt sini.dah masaka dgn perangai masing2.gelak sama2.nangis sama2. protes dll.. yang pasti, bila dh tinggalkan IPTB nti, mesti sgt terasa kn?..
em.. dh bertukar hari pn. jam 8pagi kite jmpe ustaz same2 eh!!~
bintang yang tersenyum mengakhiri bicaranya.........
Tuesday, October 26, 2010
Monday, October 25, 2010
indahnya ukhuwah
majlis penutupan gerko 2010.. majlis yg terakhir yg diikuti sebelum menamatkan perjalananku di perhentian ini. bagiku majlis kali ini punya kenangan dan cerita yang tersendiri. yang pastinya, generasi IPGKTB kian menyerlahkan bakatnya. sedikit sebanyak aku bangga bergelar warga institut ini. (^_^)
kurang lebih 30 minit sebelum majlis berakhir, suasana dewan yang awalnya bergema dengaan sorak-sarai para guru pelatih lengang.masing2 menumpukan sepenuh perhatian pada satu persembahan multimedia: dedikasi khas buat arwah syamil basri.
sejurus selepas tu, tampil sekumpulan anak muda..segak berkemeja putih.. mendendangkan dua buah nasyid yang bagiku amat bermakna khususnya buat mereka.. dedikasi buat teman yang dirindui.PASTI. perasaanku berbaur.aku tidak terlalu mengenali mereka..sekadar adik-adik junior yang masih dapat bertukar senyuman, bertegur sapa di jalanan.
yang pasti hatiku amat tersentuh dengan kekuatan ukhuwah yang mereka miliki. anak muda yang mendendangkan nasyid tersebut bukanlah mereka yang biasa memegang mikrofon, mengalun suara di khalayak ramai.sebaliknya, mereka teramat 'low profile'. namun, atas dasar persahabatan, wajah mereka tampil di pentas dengan alunan suara yang tidak kurang hebatnya. arwah sememangnya vokalis nasyid yang bersuara padu..tak sangka sahabat2nya turut terkena tempias itu.. =D
"masih banyak bakat2 terpendam yang belum dicungkil di IPTB ni.."
dewan terus dan sunyi dan sunyi..seperti turut memahami isi hati seluruh warganya tika itu.. tanpa sedar mataku bergenang.. tiada kata yang terungkap..
buat adik-adikku, bersabarlah.. memang sakit kehilangan orang yang kita sayang.. tapi kite tetap perlu meredakannya.. kerana satu hari, kita pasti akan menuruti langkah mereka.. entah bila.. sama2 kita doakan arwah syamil ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman.. tidak dilupakan, adik fatihi yang masih berjuang di Hospital Kulim.. adik perlu kuat.. berjuanglah demi insan-insan yang mengasihimu..
dan buat teman-teman baik arwah dan adik fatihi.. terima kasih kerana menghargai sebuah persahabatan.
sebuah lagu dendangan AMAR yang kuminati: cebisan kenangan
ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi
buat sahabatku Mardhiah Mohd Shahabudin..lagu ini untukmu.. semoga masih ada pertemuan buat kita..aku amat merinduimu....

Subscribe to:
Comments (Atom)