Wednesday, May 12, 2010

slmt hari ibu

-9 mei 2010-
selamat hari ibu buat bonda tercinta, hjh hasnah bt hasan dan hjh sharifah bt othman..kini ku punya dua ibu.. indahnya anugerah dariNya.. dua bonda dengan 1 cinta..

mama..
terima kasih atas segalanya.. bunga-bunga cintaku padamu tak pernah layu.. bahkan semakin mekar berkembang di taman hati ini.. aku hanya si anak kecil yang masih bertatih mengenal hidup.. mencari kesempurnaan dalam kekurangan.. mengutip buah2 pengalaman dalam perjalanan sesingkat waktu ini untuk mencari manisnya iman dan indahnya perjaungan menuju destinasi abadi dengaan naungan cinta Ilahi..

mak..
insan ini hanyalah seorang pengembara yang menyinggahi ruang kehidupanmu.. memohon bimbingan dan celoteh ceriamu untuk membantuku membiasakan diri dengan keluarga baru.. alhamdulillah.. diri ini amat bertuah kerana dipinjamkan Yang Esa kepada insan-insan pilihan.. terima kasih mak.. kerana menerima diri ini seadanya...

mama, mak.. kakak akan cube berikan yang terbaik untk segalanya.. doakan anakmu ini..sesungguhnya aku amat menyayangi kalian.. sepenuh jiwa ragaku..



-SELAMAT HARI IBU 2010-  (^_^)

No comments: