cerpen ni adalah karya pertama.ilham pujangga.hehe.hakcipta terpelihara ni..~
…
2 Jamadilawal 1408
Kuala Seberang
Pagi nirmala. Tenang ombak memukul pantai. Nadia bertafakur seketika. Melontar pandangannya jauh ke ufuk timur. Menanti munculnya fajar, menjelmakan dinihari. Subhanallah, begitu indah CiptaanMu..
”Umi, cepatlah.. Kata nak joging sama-sama.. Syifa dan walid dah sedia ni.” rengekan manja Syifa menyedarkan Nadia yang melamun jauh.
”Maaf sayang, umi terlupa.”
Nadia bingkas bangun, menyarung kerudung litup ke kepalanya lantas melontar senyuman manis kepada dua permata hati pengarang jantungnya.
”Haa, umi dah siap ni. Jom kita pergi sekarang!”
Aku meleraikan pegangan tangan Syifa dan Haikal lalu meletakkan diri antara mereka. Aku ingin berada bersama mereka selamanya. Suamiku tersenyum.
Haikal, lelaki ajnabi yang telah berjaya menakluk hatiku. Menghadirkan diri dan menerima diriku seadanya. Dialah yang banyak mengenalkan aku pada dunia penuh noda ini, mengingatkan aku akan balasan-Nya, membimbingku dan mengetuai syurga kecil kami. Biarpun ikatan ini mencecah sedekad lamanya, kasihnya tak pernah pudar.
Syifa berlari riang. Jauh meniggalkan umi dan walidnya. Gadis kecil yang periang. Bibirnya tak lekang mengukir senyuman. Petah berkata-kata dan acapkali menggamatkan suasana. Namun mata bundarnya tak pernah menipu.
Syifa menanggung kesakitan yang amat sangat. Peritnya, dia sendiri tidak mengerti. Saban malam, suaranya memecah keheningan. Kepalanya dicengkam kuat. Kadangkala mahu dihantukkan ke dinding. Mungkin itu cara terbaik menghilangkan sakitnya.
Manik-manik jernih mula menuruni pipi mulus Nadia. Dia akan kehilangan puterinya. Jangka masa 6 bulan terlalu singkat untuk melampiaskan segala kasihnya pada puteri kecil itu. Haikal mengerti, wajah tenangnya menjadi kekuatan Nadia.
Syifa.. nama yang cukup bererti dalam hidupnya. nama puteri kecil itu diambil sempena nama sahabat baik yang muncul sesingkat waktu dan telah pergi meninggalkannya. Sesuai dengan maknanya, Syifa menjadi penawar kepada Nadia. Penawar kepada kejahilannya suatu ketika dulu dan penawar kesunyiannya kini.
Syifa menyusuri pantai itu. Menyanyi riang. Menoleh ke arah walidnya. Haikal memahami isyarat itu. Berlari ke arah puterinya. Mereka berkejaran. Nadia mengukir senyuman dari kejauhan. Seketul batu besar menjadi destinasinya. Dia mahu berada di situ. Mengimbau kembali detik-detik pertemuannya dengan Syifa.
* * * *
1 Rejab 1400H ,
Pantai Kuala Seberang
Hai. Seorang saja? Saya Nadia. Awak?
Gadis bertudung litup itu tersenyum memandangku.
” Ana tak keseorangan di sini. Pantai ini sahabat ana. Ana Syifa.
Sepasang tangan mulus dihulur dan disambut dengan ukiran senyuman. Wajah lembutnya amat disenangi. Mata yang redup itu sentiasa tertunduk. Terpelihara dari sebarang kecacatan rohani. Diamnya berhikmah. Nadia tertarik untuk mengenali gadis itu.
Deru desau ombak menghempaskan diri pada batu di pantai itu jelas kedengaran. Angin kuat petang itu menyapa tubuhnya. T-Shirt sendat dan jeans paras lutut itu tidak mampu memanaskan tubuhnya yang kesejukan. Rambut separas bahu itu dielusnya.
Sejuk kan? Grr..
Nadia bersuara memecahkan kesunyian.
Syifa tersenyum memandangku
”Allah itu Maha Adil, Nadia. Segala yang termaktub dalam hukumNya punya hikmah yang tersendiri.”
”Maksud awak?”
”Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
Wahai nabi, beritahulah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri orang mukmin sekalian, hendaklah mereka menghulurkan jilbab keseluruhan tubuh mereka. Demikian itu akan mudah dikenali (sebagai wanita mukmin) dan mereka tidak akan diganggu. Dan Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Gangguan itu luas skopnya. Jika tidak kena caranya, nikmat keindahan alam ini turut menjadi gangguan pada kita.”
” Maksud Syifa? Erm, jilbab tu apa?”
Penuntut kursus perubatan di Otago University itu bertanya. Meluahkan kejahilannya. Istilah itu tidak pernah ditemui dalam kamus hidupnya. Jika di sekolah dahulu, karya William Shakespeare menjadi penemannya. Melangkah ke dunia kampus pula, dunianya adalah ’kitab-kitab’ biologi. Mengkaji anatomi manusia dan pelbagai yang lainnya. Berjuang untuk segulung ijazah di sana.
” Jilbab adalah suatu set bentuk pakaian yang menutup kepala termasuk wajah hingga ke dada. Jilbab bukan sahaja menutup bahagian depan, bahkan bahagian belakang serta kaki. Diringkaskan, jilbab merupakan pakaian yang menutup seluruh badan. Aurat wanita bagi lelaki ajnabi ialah seluruh badan. Justeru, pakaian yang sesuai dengan kita sebagai muslimah adalah jilbab.”
” Pakaian seperti ini bagaimana?”
Nadia bangun. Berpusing-pusing di hadapan Syifa lagak seorang model terkemuka.Nadia terus mengaju soalan. Memandang Syifa dan menanti jawapan bagi kesamarannya.
”Imam Sya’rani r.a meriwayatkan hadis dalam Kasyful Ghummah, bahawa Baginda Rasulullah menganjurkan supaya memakai seluar panjang dan kain sarung. Tujuannya untuk membezakan muslim dan orang bukan muslim.
Orang kafir memakai seluar kecil dan pendek. Jika kita turut berpakaian seperti itu, maknanya kita juga menyerupai mereka.
Berdasarkan Riwayat Al Hakim dan At Tabrani, Rasulullah S.A.W bersabda;
Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia dianggap tergolong dalam golongan tersebut.
Nadia bungkam. Tembok hujah Syifa’ terlalu tebal untuk dirempuhnya. Kejahilannya jelas nyata. Rasa insaf mula menyelinap keseluruh jasadnya.
” Err, saya ingin bertudung, bagaimana jika ramai yang mengetawakan? Mempersoalkan? Bahkan mengejek?”
Nadia meluahkan kegusarannya.
Senyuman manis kembali terlakar di bibir Syifa.
” Sahabat, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika ingin tegakkan Islam, jangan persoalkan perihal mereka yang masih hanyut. Jika hidayah itu hadir dalam jiwamu, peliharalah ia.
Cuba lihat batu besar di hujung sana, ia telah lama di situ, sedari ana masih kecil lagi, tetap teguh dan utuh. Tidak berubah walau dilanda ombak besar. ”
” Tapi tidakkah janggal jika kita seorang sahaja yang lakukannya? Tambahan saya merantau di tempat orang. Tidakkah suatu yang menjengkelkan??’’
” Cuba kita ambil iktibar daripada kejadian ikan air tawar, salah satu makhluk ciptaanNya. Biar dilepaskan di laut masin sekalipun, rasanya tetap tidak berubah. Analogikan diri kita sepertinya. Yang penting nawaitu kita. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan hambaNya.”
Senyuman ikhlas terukir lagi. Nadia merenung sepasang mata redup milik gadis itu. Penuh keikhlasan dan secangkir tawadhuk terpancar di situ. Nadia terharu. Buat pertama kalinya, hatinya terbuka untuk menerima Islam yang hakiki. Rohaniah dan batiniah.
” Terima kasih Syifa. Terima kasih atas segalanya.Saya akan cuba berubah. Doakan saya.”
Manik-manik jernih menuruni pipi mulus Nadia. Syifa dipeluk erat.
* * * *
Terima kasih sahabat. Tapi kenapa terlalu singkat perkenalan kita?
Kenapa kau tinggalkan aku kala aku baru menerima sinar ImanNya?
Kenapa Kau biarkan aku belayar sendiri menongkah arus yang penuh liku ini?
Kenapa kau tidak terus bersamaku, terus membimbingku dan merenteti perubahanku?
Aku benar-benar merinduimu.
Haikal mendekati isterinya.
” Sayang, kenapa sayang? Sayang rindukan Syifa? sudahlah, jangan menangis lagi. Petang nanti kita ke Kuala Seberang, menziarah pusaranya. Syifa kita kan ada..” Haikal tersenyum. Jari-jari kasarnya mengesat air mata di pipi isterinya. Nadia terlalu baik untuk disakiti.
Gadis itu dikenali lebih sedekad lalu ketika mereka sama-sama di luar negara. Seorang gadis lincah, periang dan pintar itu amat disenangi. Haikal masih ingat akan perubahan ketara Nadia sebaik sahaja pulang dari cuti semester. Pertama kali kembali ke tanah air selepas 2 tahun di perantauan.
Bagai jelmaan bidadari kecil. Nadia tampil dengan sepasang kurung hijau lembut, dipadankan dengan tudung hijau pucuk pisang bercorak abstrak. Menyerlahkan kewanitaannya.
” Cantik Nad hari ni. Baju kurung.. First time kan?”
Nadia mengambil tempat di sebelah Haikal.
” Panggil aku Nadia la. Jangan panggil Nad lagi. Ok?”
Haikal tersenyum. Pada awal perkenalan mereka, Nadia memperkenalkan diri sebagai Nad, nama Nadia itu terlalu feminin katanya. Tapi kini segalanya telah berubah.
Di tepi tasik nan biru, Nadia menceritakan tentang Syifa. Sahabat barunya. Janji Nadia, sebaik mereka menamatkan pengajian, gadis itu akan dikenalkan padanya. Haikal mengangguk setuju.
Jika Nadia ingin bertemu Syifa untuk melampiaskan rindunya pada si sahabat, Haikal pula ingin bertemu gadis itu untuk mengucapkan terima kasih kerana telah berjaya membimbing Nadia menjadi sedemikian rupa. Haikal berjanji pada dirinya sendiri; memiliki, mencintai dan menyayangi Nadia sebaik mungkin. Gadis impiannya juga akan dibimbing dan dididik dengan Islam secara lebih baik lagi. Dia yakin Nadia adalah insan yang paling sempurna untuknya dan mereka akan sama-sama berusaha mencari mardhatillah.
Sepasang mata bundar Nadia singgah di penglihatan Haikal. Pandangan mereka bertaut. Rasa cinta Nadia terhadap suaminya tak pernah luntur malah benih kasih sayang mereka kian bercambah.
” Terima kasih abang. Abang terlalu baik untuk saya. Terlalu besar pengorbanan abang untuk saya..”
Nadia mengucup tangan suaminya. Terharu yang amat sangat.
” Sayang, terima kasih kerana telah menjadi isteri yang terbaik untuk abang. Juga umi yang terlalu istimewa untuk puteri kita. Terima kasih kerana sayang setia bersama abang walau pelbagai musibah melanda kita. Terima kasih sayang.”
Air mata lelaki itu terlalu murah untuk harga cintanya pada sang isteri. Dahi Nadia dikucup penuh rasa cinta.
” Umi!! Walid!! Sakit!!”
Jeritan Syifa memecah keheningan suasana. Syifa terjelepok ke pasir yang memutih. Tangisan menguasai alam.
* * * *
1 Syawal 1428H ,
Kuala Seberang
” Achik, ambilkan payung , Ucu bawa tikar ya. Angah nak tolong umi sediakan air mawar. Jangan lambat sangat , walid dah lama tunggu kita.” Suara angah memecah kebungkaman ceria di pagi aidilfitri.
Haikal menyaksikan kesibukan empat bidadarinya di dalam. Wardah , Huda , dan Kauthar. Puteri kembar tiga yang menjadi penawar hatinya dan Nadia setelah ketiadaan Syifa. Biarpun kehadiran mereka adalah empat tahun setelah kematian Syifa , tiga gadis yang usianya mencecah angka 20 , Muharam ini, begitu mengenali along mereka.
Saban waktu, umi mereka tidak jemu bercerita tentang kakak sulung mereka. Juga sahabatnya. Syifa. Satu nama. Dua insan yang telah hilang. Dua insan yang amat bermakna. Dua insan yang dirindui..
Huda, baru selesai menduduki peperiksaan A-Level di German-Malaysia Institute , dalam bidang kejuruteraan automotif yang diminatinya. Wardah pula telah berangkat ke Jordan, seusai melengkapkan program persediaan 3 bulan di INTEC Shah Alam. Bidang pergigian menjadi pilihan, dan Kauthar, memilih untuk meneruskan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang. Masing-masing punya halatuju berbeza namun matlamat mereka sama ; menghadiahkan kejayaan buat ayahbonda tercinta serta menjadi ’syifa’ dalam hidup mereka.
Huda , Kauthar, dan Wardah mengerti peri cintanya ayahbonda mereka pada insan-insan itu. Sebisa mungkin, mereka mahu menjadi penawar itu, biarpun tidak setanding, cukuplah sekadar memberikan yang terbaik buat dua insan agung itu.
Di Kuala Seberang ini, segalanya bermula dan bakal berakhir kelak. Terlalu kemas terpatrinya kenangan hidup kami di sini, hingga akhirnya, aku dan zaujah tercinta memutuskan untuk membina syurga kecil kami. Nadia bergiat aktif dalam Jemaah Islamiyah. Kerjayanya sebagai pensyarah fakulti perubatan memudahkan dia menyalurkan dakwah kepada anak-anak bangsa sedari awal usia remaja. Aku, seorang doktor persendirian. Klinik Syifa’ telah dibuka sejak 5 tahun lalu untuk kebajikan masyarakat di Kuala Seberang. Sebuah desa kecil, jauh terpinggir dari kesibukan kota namun punya cerita yang tersendiri.
Dan yang pasti, setiap apa yang berlaku adalah atas perencanaanNya. Kita hanya merancang, Dialah penentu segalanya..
Di sini,
Kita lakar sejarah baru,
Kisah kita
Biar seperit manapun perjalanan hidup ini
Perjuangan perlu diteruskan
Berjihadlah atas landasanNya
Jangan sia-siakan anugerahNya buat kita..
No comments:
Post a Comment