Danial masih setia di mejanya. Tugasan TITAS perlu disiapkan segera. Timbunan tugasan yang diterima pada minggu ini mengundang rasa malasnya.
Tiit.tiit… tiit.tiit.. telefon selularnya berbunyi.
“ Salam. SMK Setia Jaya akan mengadakan Majlis Perjumpaan Semula sesi 94-99 pada bulan hadapan. Sebarang pertanyaan dapatlah dirujuk kepada saya”
Satu mesej dari Azrul, satu-satunya rakan sekelasnya di sekolah rendah yang masih dihubungi.
Seusai Penilaian Menengah Rendah, Danial berpeluang pengajiannya di sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air. Hampir sedekad lamanya tidak bertemu teman sepermainan. Rasa rindu menjengah sanubarinya.
“Bagus juga. Lagipun, bulan hadapan dah start cuti.”
Danial tersenyum sendirian. Menarik laci mejanya. Mengeluarkan dompetnya dan menatap sekeping gambar yang telah sekian lama bermukim di situ.
* * * *
“Assalamualaikum.. Hari ini kita ada rakan baru . Mari Ima, perkenalkan diri kamu..”
Senyuman Pn Intan menjemput seorang gadis genit ke kelas barunya.
“ Assalamualaikum kawan-kawan. Nama saya Nurul Ima Shanaz bin Zahari. Saya berasal dari Johor. Sebelum ini saya bersekolah di SMK Parit Jawa..”
Wajahnya pucat tak berdarah. Namun sepasang mata bundar itu memancarkan keberanian yang cuba diciptanya.
Ima tertunduk menahan malu. Puluhan mata yang tidak dikenali tertumpu ke arahnya. Gadis kecil itu mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Mengawal emosi yang kurang stabil.
Senyuman manis dihadiahkan.. Sungguh manis..
“ Arghh..betapa aku rindukan dia!!!”
Danial kerinduan. Detik pertama Ima Shanaz muncul dalam hidupnya terlakar kemas di kotak memorinya.
Danial tersenyum sendirian. Gambar Ima yang berada dalam simpanannya dicuri-curi tangkap ketika majlis Khatam AlQuran di sekolahnya. Ima tampak manis berbaju kurung hijau disesuaikan dengan tudung bercorak dengan warna senada. Kalau dia tahu, tentu teruk aku diamuknya.
Berkurun lama kurahsiakan
Cintaku padamu
Hanya kerna kau ratu laksana
Di singgahsanaDi tasik ini, di pohon cemara
Yang teguh meninggi
Bagai harapanku kepadamu
Sekian lama..
Lagu Rahsia Pohon Cemara sayup-sayup kedengaran di corong radio.
“Ima.. andainya kau tahu..”
Cinta pertama memang sukar dilupakan. Denial tenggelam dalam angannya. Mengimpikan munculnya seraut wajah yang dirinduinya sekian lama. Mengimbas kembali zaman kenakalannya.
“Masihkah ada pertemuan kedua buat kita Ima??”
Pertanyaan tanpa jawapan. Kesamaran tanpa sekelumit kepastian.
“ Danny, apa istimewanya sangat budak tu. Kawan kau dari zaman tok kadok lagi. Dah lama tak pernah jumpa pulak tu. Entah-entah dia dah kahwin pun. Si Intan tu bukannya tak cun. Satu kelas tau dia memang syok giler kat kau.. aku terserempak dengan dia kat pasar malam tadi. Sempat lagi die kirim salam kat kau. Eee, sabar je laa.. Kenapalah dia tak minat kat aku..”
Bebelan Firas menyinggahi pelupuk telinga. Lahiriahnya, Intan memang cantik. Malah Danial sepatutnya berbangga kerana gadis yang meminatinya itu digilai ramai. Andai dia menerima , sudah tentu dia menjadi terkenal malah jejaka-jejaka ‘gantang’ yang lain pasti mencemburuinya. Denial ketawa kecil.
“ Kalau kau nak, pikatlah dia. Kena caranya , mungkin dia terima kau. Jangan risau, aku tak kacau line. Cukuplah cinta Ima Shanaz sahaja yang memenuhi ruang hati aku ni, Firas. Aku dah tak mahu mencari yang lain..”
“ Yakin je kau ni. Kalau dia dah kahwin macam mana? Kau tak fikir ke semua tu?”
Firas pesimis. Denial terlalu obsess dengan cinta pertamanya. Itu sahaja yang dapat dijelaskan tentang teman baiknya itu.
“ Segalanya bukan urusan kita , Fir. Sekarang , aku bercinta dengan buku-buku dan tugasan kita yang bertimbun ni. Lepas dah dapat ijazah nanti , baru aku nak fikirkan semua ni. Yang penting sekarang, aku nak belajar betul-betul , nak balas jasa mak ayah aku. Mereka dah banyak berkorban untuk aku. Tentang Ima , aku tak terlalu mengharap. Cukuplah engkau tahu, sedari aku kenal dia, hingga saat ini , hati aku yakin bahawa kami memang ditakdirkan untuk bersama. Cuma belum sampai waktunya.”
Denial tersenyum menatap wajah gadisnya. Biarpun hanya sekeping gambar usang , gambar itu cukup disayanginya. Satu-satunya gambar Ima dalam simpanannya. Melakar sebuah impian yang tak pasti.. mendamba secebis kenangan nan sunyi.
“ Assalamualaikum wbt. Maaf kerana mengganggu masa kalian. Terus kepada agenda utama perjumpaan kita. Pagi tadi, Pn Rahayu telah menghubungi saya dan memaklumkan tentang kunjungan pelajar UKM ke kolej kita. InsyaAllah pada minggu hadapan. Saya harap semua MPP dapat memberi kerjasama agar kita dapat memberi layanan terbaik kepada mereka.”
Danial mengangguk lemah. Tugasan-tugasan yang terbengkalai di kamarnya bermain-main di mata. Walau bagaimanapun, tugas tetap tugas. Amanah yang dipertanggungjawabkan harus dipikul sebaik mungkin.
“ Orang yang bersabar, pasti akan beroleh kejayaan biarpun bertangguh.”
Kata-kata keramat ayahanda tercinta yang tertekap kemas di dadanya.
Denial menatap secarik kertas yang diberi padanya. Tertera nombor MPP UKM yang perlu dihubungi untuk bahagian sambutan. NURUL.. Berkomunikasi dengan wanita adalah masalah besar baginya.
“Salam saudari Nurul.. Saya Danial dari USM. Bagaimana dengan urusan program rehlah ilmiah ke USM. Perlukan sebarang bantuan? ”
Ringkas mesej yang dikirim. Nurul Ima Shanaz tersenyum.
“ Salam.. Terima kasih atas perhatian saudara. Setakat ini, alhamdulillah , tidak ada masalah. InsyaAllah , saya akan hubungi saudara jika perlukan bantuan..”
Tenang Ima mengirimkan balasan pesanan ringkas yang diterima. DANIAL.. namanya seperti??....
“ Argh, aku terlalu melayan jiwa remajaku. Masih ada banyak Danial di Malaysia ni. Tapi, aku ingin sangat bertemu dengan dia…”
Ima tenggelam dalam kenangan silamnya. Detik-detik manis di alam persekolahan. Zaman kanak-kanak yang penuh keindahan.
Teringat pesanan Kak Wardah dalam usrahnya minggu lepas ;
“Jangan menjadi wanita akhir zaman yang menyumbang kepada kelalaian lelaki ’’
Ya Allah ,
Kau tetapkan imanku..
Kau berilah padaku kekuatan..
Agarku bisa menempuh dugaan yang mendatang
Ya Muqallibal Qulub
Kau tenangkanlah hatiku dengan cintaMu
Kau rindukanlah aku akan kasih sayangMu
Hanya Kau yang kudamba satu-satunya
Ya Ghafiruzzanbi
Kau berilah keampunan pada jiwaku
Yang masih berkrisis
Lantaran fitnah hati yang bertandang
Sesungguhnya,
Jiwa kotor ini..
Masih merindui cinta insani
Yang pernah menjengah hidupnya suatu ketika dahulu
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui akan sesuatu..
Ya Allah Ya Tuhanku
Ar-Rahman wa Ar-Rahiim..
Andai wujud cinta insani buatku..
Izinkan ia hadir dari insan yang mencintaiMu
Kudambakan cintaMu
Kuimpikan berdampingan denganMu
Kurindukan pertemuan denganMu
Amin Ya Rabbal Alamin
‘‘Ima , anti ok x ? Masih ingatkan dia ? Banyakkan zikir pada Allah , muraqabatillah.. Moga anti bertemu ketenangan yang dicari ’’
‘‘ Terima kasih Huda.’’
Tubuh Huda dipeluk erat. Rakan sebiliknya sejak semester pertama.. Sahabat terbaiknya di situ. Huda tahu tentang Danial. Seseorang yang sangat istimewa kepada sahabatnya itu.
‘‘Kalau dia jodoh anti , kalian pasti bertemu kembali. Kalau tidak di dunia , di syurga nanti.’’
‘‘Danial.. sungguh bertuah dirimu.. dicintai insan seistimewa Nurul Ima Shanaz. Aku harap kau tidak akan sia-siakannya.’’
Sepasang mata milik Huda bergenang. Dia mengagumi kesetiaan temannya itu. Biarpun dirinya menjadi siulan rakan sekampus , namun cintanya tetap utuh. Jauh di sudut hatinya, dia ingin mengenali insan yang bergelar Danial. Ingin mengkhabarkan peri cintanya Ima padanya.
‘‘ Macam mana persiapan ke USM ? Urusan Ima , bagaimana persiapan ke USM ? Semuanya ok ? Lusa kan kita ke sana ? ’’
Huda melontarkan soalan. Memecah keheningan suasana.
‘‘ Setakat ni , alhamdulillah. Semua urusan dah selesai. Pukul 8 kita kena ada kat depan blok tau. Em , pagi esok ana kena hubungi Danial untuk maklumkan kedatangan kita. Tak lah mereka tertunggu-tunggu nanti. ’’
Ima menjelaskan dengan tenang.melindungi resah hatinya yang berbolak-balik dari semalam. Mimpi yang bertandang dalam tidurnya benar-benar menggugat ketenteraman jiwanya. Dipatuk ular ??
‘‘Kata orang tua-tua , alamat dah nak kahwin . Boleh percaya ke ? Aku belum bersedia.. lagipun Danial…….’’
‘‘Arghh.. Banyak perkara lagi yang perlu diuruskan. Apa yang pasti aku tetap yakin akan janjiNya. Wanita yang baik pasangannya lelaki yang baik. Kudamba RedhaMu Ilahi.Kutagih janjiMu Ya Rabbi.. ’’
* * * *
‘‘ Assalamualaikum. Rombongan Rehlah Ilmiah UKM akan tiba di USM 1 jam dari sekarang. Syukran. Wassalam ’’
Ringkas mesej yang diterima. Danial berdebar-debar. Debaran yang luar biasa. Sudah tiga hari dia didatangi mimpi aneh. Kelibat seseorang. Seorang wanita persis wajah yang dirinduinya.
‘‘ ‘alaiki salam. Ahlan wasahlan ila USM. =).’’
Barisan MPP USM berkumpul di perkarangan astaka. Rombongan UKM baru memasuki pintu utama kampus. Jalinan silaturrahim yang terjalin antara dua IPTA tersohor tanah air akan lebih berwarna-warni. Perkongsian ilmiah , pertukaran budaya dan percambahan kenalan. Itulah yang akan berlaku.
‘‘Assalamualaikum. Anti Nurul ? Nurul Ima Shanaz bin Zahari ?’’
Lancar mulut Danial menitip bicara sebaik sahaja melihat kelibat insan yang mendatangi mimpinya. Wajah yang tak pernah luput dari ingatannya. Yang kininya tampak ayu dan begitu terjaga.
Ima kaget. Insan itu dikenalinya. Padangannya ditundukkan. Butiran manik-manik jernih menyapa pipi mulusnya. Hatinya berzikir. Menginsafi kebesaran Yang Esa. Betapa hebatnya percaturan Allah dalam kehidupan hambaNya.
‘‘ Ima Shanaz , sudikah saudari menjadi sayap kiri perjuangan saya. Memurnikan jalinan yang bakal terjalin dengan ikatan yang jauh lebih mulia. Sudilah saudari menjadi isteriku..’’
Danial tidak teragak-agak mengungkap kata. Saatnya telah tiba. Mawar yang dirinduinya telah hadir di depan mata dan dia tidak sanggup kehilangannya lagi. Dan yang lebih utama , dia bersedia untuk membuka satu lembaran baru dalam hidupnya.
‘‘Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99disimpan disisiNya,hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia.. dengan kasih sayang itulah makhluk saling berkasih sayang.. saat ini , sinar kasih itu telah menyapa hatiku.. ’’
Hanya kiriman mesej dikirimkan menggantikan kekeluan lidahnya. Kecintaannya pada Yang Satu makin berbunga.
Kudamba RedhaMu Ilahi.CINTA ALLAH tak mengecewakan. Cinta yang sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.
30 Januari 2008
12.45 tengah hari , Pusat Sumber Za’ba
Friday, October 31, 2008
sesuci kasih syifa
cerpen ni adalah karya pertama.ilham pujangga.hehe.hakcipta terpelihara ni..~
…
2 Jamadilawal 1408
Kuala Seberang
Pagi nirmala. Tenang ombak memukul pantai. Nadia bertafakur seketika. Melontar pandangannya jauh ke ufuk timur. Menanti munculnya fajar, menjelmakan dinihari. Subhanallah, begitu indah CiptaanMu..
”Umi, cepatlah.. Kata nak joging sama-sama.. Syifa dan walid dah sedia ni.” rengekan manja Syifa menyedarkan Nadia yang melamun jauh.
”Maaf sayang, umi terlupa.”
Nadia bingkas bangun, menyarung kerudung litup ke kepalanya lantas melontar senyuman manis kepada dua permata hati pengarang jantungnya.
”Haa, umi dah siap ni. Jom kita pergi sekarang!”
Aku meleraikan pegangan tangan Syifa dan Haikal lalu meletakkan diri antara mereka. Aku ingin berada bersama mereka selamanya. Suamiku tersenyum.
Haikal, lelaki ajnabi yang telah berjaya menakluk hatiku. Menghadirkan diri dan menerima diriku seadanya. Dialah yang banyak mengenalkan aku pada dunia penuh noda ini, mengingatkan aku akan balasan-Nya, membimbingku dan mengetuai syurga kecil kami. Biarpun ikatan ini mencecah sedekad lamanya, kasihnya tak pernah pudar.
Syifa berlari riang. Jauh meniggalkan umi dan walidnya. Gadis kecil yang periang. Bibirnya tak lekang mengukir senyuman. Petah berkata-kata dan acapkali menggamatkan suasana. Namun mata bundarnya tak pernah menipu.
Syifa menanggung kesakitan yang amat sangat. Peritnya, dia sendiri tidak mengerti. Saban malam, suaranya memecah keheningan. Kepalanya dicengkam kuat. Kadangkala mahu dihantukkan ke dinding. Mungkin itu cara terbaik menghilangkan sakitnya.
Manik-manik jernih mula menuruni pipi mulus Nadia. Dia akan kehilangan puterinya. Jangka masa 6 bulan terlalu singkat untuk melampiaskan segala kasihnya pada puteri kecil itu. Haikal mengerti, wajah tenangnya menjadi kekuatan Nadia.
Syifa.. nama yang cukup bererti dalam hidupnya. nama puteri kecil itu diambil sempena nama sahabat baik yang muncul sesingkat waktu dan telah pergi meninggalkannya. Sesuai dengan maknanya, Syifa menjadi penawar kepada Nadia. Penawar kepada kejahilannya suatu ketika dulu dan penawar kesunyiannya kini.
Syifa menyusuri pantai itu. Menyanyi riang. Menoleh ke arah walidnya. Haikal memahami isyarat itu. Berlari ke arah puterinya. Mereka berkejaran. Nadia mengukir senyuman dari kejauhan. Seketul batu besar menjadi destinasinya. Dia mahu berada di situ. Mengimbau kembali detik-detik pertemuannya dengan Syifa.
* * * *
1 Rejab 1400H ,
Pantai Kuala Seberang
Hai. Seorang saja? Saya Nadia. Awak?
Gadis bertudung litup itu tersenyum memandangku.
” Ana tak keseorangan di sini. Pantai ini sahabat ana. Ana Syifa.
Sepasang tangan mulus dihulur dan disambut dengan ukiran senyuman. Wajah lembutnya amat disenangi. Mata yang redup itu sentiasa tertunduk. Terpelihara dari sebarang kecacatan rohani. Diamnya berhikmah. Nadia tertarik untuk mengenali gadis itu.
Deru desau ombak menghempaskan diri pada batu di pantai itu jelas kedengaran. Angin kuat petang itu menyapa tubuhnya. T-Shirt sendat dan jeans paras lutut itu tidak mampu memanaskan tubuhnya yang kesejukan. Rambut separas bahu itu dielusnya.
Sejuk kan? Grr..
Nadia bersuara memecahkan kesunyian.
Syifa tersenyum memandangku
”Allah itu Maha Adil, Nadia. Segala yang termaktub dalam hukumNya punya hikmah yang tersendiri.”
”Maksud awak?”
”Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
Wahai nabi, beritahulah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri orang mukmin sekalian, hendaklah mereka menghulurkan jilbab keseluruhan tubuh mereka. Demikian itu akan mudah dikenali (sebagai wanita mukmin) dan mereka tidak akan diganggu. Dan Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Gangguan itu luas skopnya. Jika tidak kena caranya, nikmat keindahan alam ini turut menjadi gangguan pada kita.”
” Maksud Syifa? Erm, jilbab tu apa?”
Penuntut kursus perubatan di Otago University itu bertanya. Meluahkan kejahilannya. Istilah itu tidak pernah ditemui dalam kamus hidupnya. Jika di sekolah dahulu, karya William Shakespeare menjadi penemannya. Melangkah ke dunia kampus pula, dunianya adalah ’kitab-kitab’ biologi. Mengkaji anatomi manusia dan pelbagai yang lainnya. Berjuang untuk segulung ijazah di sana.
” Jilbab adalah suatu set bentuk pakaian yang menutup kepala termasuk wajah hingga ke dada. Jilbab bukan sahaja menutup bahagian depan, bahkan bahagian belakang serta kaki. Diringkaskan, jilbab merupakan pakaian yang menutup seluruh badan. Aurat wanita bagi lelaki ajnabi ialah seluruh badan. Justeru, pakaian yang sesuai dengan kita sebagai muslimah adalah jilbab.”
” Pakaian seperti ini bagaimana?”
Nadia bangun. Berpusing-pusing di hadapan Syifa lagak seorang model terkemuka.Nadia terus mengaju soalan. Memandang Syifa dan menanti jawapan bagi kesamarannya.
”Imam Sya’rani r.a meriwayatkan hadis dalam Kasyful Ghummah, bahawa Baginda Rasulullah menganjurkan supaya memakai seluar panjang dan kain sarung. Tujuannya untuk membezakan muslim dan orang bukan muslim.
Orang kafir memakai seluar kecil dan pendek. Jika kita turut berpakaian seperti itu, maknanya kita juga menyerupai mereka.
Berdasarkan Riwayat Al Hakim dan At Tabrani, Rasulullah S.A.W bersabda;
Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia dianggap tergolong dalam golongan tersebut.
Nadia bungkam. Tembok hujah Syifa’ terlalu tebal untuk dirempuhnya. Kejahilannya jelas nyata. Rasa insaf mula menyelinap keseluruh jasadnya.
” Err, saya ingin bertudung, bagaimana jika ramai yang mengetawakan? Mempersoalkan? Bahkan mengejek?”
Nadia meluahkan kegusarannya.
Senyuman manis kembali terlakar di bibir Syifa.
” Sahabat, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika ingin tegakkan Islam, jangan persoalkan perihal mereka yang masih hanyut. Jika hidayah itu hadir dalam jiwamu, peliharalah ia.
Cuba lihat batu besar di hujung sana, ia telah lama di situ, sedari ana masih kecil lagi, tetap teguh dan utuh. Tidak berubah walau dilanda ombak besar. ”
” Tapi tidakkah janggal jika kita seorang sahaja yang lakukannya? Tambahan saya merantau di tempat orang. Tidakkah suatu yang menjengkelkan??’’
” Cuba kita ambil iktibar daripada kejadian ikan air tawar, salah satu makhluk ciptaanNya. Biar dilepaskan di laut masin sekalipun, rasanya tetap tidak berubah. Analogikan diri kita sepertinya. Yang penting nawaitu kita. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan hambaNya.”
Senyuman ikhlas terukir lagi. Nadia merenung sepasang mata redup milik gadis itu. Penuh keikhlasan dan secangkir tawadhuk terpancar di situ. Nadia terharu. Buat pertama kalinya, hatinya terbuka untuk menerima Islam yang hakiki. Rohaniah dan batiniah.
” Terima kasih Syifa. Terima kasih atas segalanya.Saya akan cuba berubah. Doakan saya.”
Manik-manik jernih menuruni pipi mulus Nadia. Syifa dipeluk erat.
* * * *
Terima kasih sahabat. Tapi kenapa terlalu singkat perkenalan kita?
Kenapa kau tinggalkan aku kala aku baru menerima sinar ImanNya?
Kenapa Kau biarkan aku belayar sendiri menongkah arus yang penuh liku ini?
Kenapa kau tidak terus bersamaku, terus membimbingku dan merenteti perubahanku?
Aku benar-benar merinduimu.
Haikal mendekati isterinya.
” Sayang, kenapa sayang? Sayang rindukan Syifa? sudahlah, jangan menangis lagi. Petang nanti kita ke Kuala Seberang, menziarah pusaranya. Syifa kita kan ada..” Haikal tersenyum. Jari-jari kasarnya mengesat air mata di pipi isterinya. Nadia terlalu baik untuk disakiti.
Gadis itu dikenali lebih sedekad lalu ketika mereka sama-sama di luar negara. Seorang gadis lincah, periang dan pintar itu amat disenangi. Haikal masih ingat akan perubahan ketara Nadia sebaik sahaja pulang dari cuti semester. Pertama kali kembali ke tanah air selepas 2 tahun di perantauan.
Bagai jelmaan bidadari kecil. Nadia tampil dengan sepasang kurung hijau lembut, dipadankan dengan tudung hijau pucuk pisang bercorak abstrak. Menyerlahkan kewanitaannya.
” Cantik Nad hari ni. Baju kurung.. First time kan?”
Nadia mengambil tempat di sebelah Haikal.
” Panggil aku Nadia la. Jangan panggil Nad lagi. Ok?”
Haikal tersenyum. Pada awal perkenalan mereka, Nadia memperkenalkan diri sebagai Nad, nama Nadia itu terlalu feminin katanya. Tapi kini segalanya telah berubah.
Di tepi tasik nan biru, Nadia menceritakan tentang Syifa. Sahabat barunya. Janji Nadia, sebaik mereka menamatkan pengajian, gadis itu akan dikenalkan padanya. Haikal mengangguk setuju.
Jika Nadia ingin bertemu Syifa untuk melampiaskan rindunya pada si sahabat, Haikal pula ingin bertemu gadis itu untuk mengucapkan terima kasih kerana telah berjaya membimbing Nadia menjadi sedemikian rupa. Haikal berjanji pada dirinya sendiri; memiliki, mencintai dan menyayangi Nadia sebaik mungkin. Gadis impiannya juga akan dibimbing dan dididik dengan Islam secara lebih baik lagi. Dia yakin Nadia adalah insan yang paling sempurna untuknya dan mereka akan sama-sama berusaha mencari mardhatillah.
Sepasang mata bundar Nadia singgah di penglihatan Haikal. Pandangan mereka bertaut. Rasa cinta Nadia terhadap suaminya tak pernah luntur malah benih kasih sayang mereka kian bercambah.
” Terima kasih abang. Abang terlalu baik untuk saya. Terlalu besar pengorbanan abang untuk saya..”
Nadia mengucup tangan suaminya. Terharu yang amat sangat.
” Sayang, terima kasih kerana telah menjadi isteri yang terbaik untuk abang. Juga umi yang terlalu istimewa untuk puteri kita. Terima kasih kerana sayang setia bersama abang walau pelbagai musibah melanda kita. Terima kasih sayang.”
Air mata lelaki itu terlalu murah untuk harga cintanya pada sang isteri. Dahi Nadia dikucup penuh rasa cinta.
” Umi!! Walid!! Sakit!!”
Jeritan Syifa memecah keheningan suasana. Syifa terjelepok ke pasir yang memutih. Tangisan menguasai alam.
* * * *
1 Syawal 1428H ,
Kuala Seberang
” Achik, ambilkan payung , Ucu bawa tikar ya. Angah nak tolong umi sediakan air mawar. Jangan lambat sangat , walid dah lama tunggu kita.” Suara angah memecah kebungkaman ceria di pagi aidilfitri.
Haikal menyaksikan kesibukan empat bidadarinya di dalam. Wardah , Huda , dan Kauthar. Puteri kembar tiga yang menjadi penawar hatinya dan Nadia setelah ketiadaan Syifa. Biarpun kehadiran mereka adalah empat tahun setelah kematian Syifa , tiga gadis yang usianya mencecah angka 20 , Muharam ini, begitu mengenali along mereka.
Saban waktu, umi mereka tidak jemu bercerita tentang kakak sulung mereka. Juga sahabatnya. Syifa. Satu nama. Dua insan yang telah hilang. Dua insan yang amat bermakna. Dua insan yang dirindui..
Huda, baru selesai menduduki peperiksaan A-Level di German-Malaysia Institute , dalam bidang kejuruteraan automotif yang diminatinya. Wardah pula telah berangkat ke Jordan, seusai melengkapkan program persediaan 3 bulan di INTEC Shah Alam. Bidang pergigian menjadi pilihan, dan Kauthar, memilih untuk meneruskan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang. Masing-masing punya halatuju berbeza namun matlamat mereka sama ; menghadiahkan kejayaan buat ayahbonda tercinta serta menjadi ’syifa’ dalam hidup mereka.
Huda , Kauthar, dan Wardah mengerti peri cintanya ayahbonda mereka pada insan-insan itu. Sebisa mungkin, mereka mahu menjadi penawar itu, biarpun tidak setanding, cukuplah sekadar memberikan yang terbaik buat dua insan agung itu.
Di Kuala Seberang ini, segalanya bermula dan bakal berakhir kelak. Terlalu kemas terpatrinya kenangan hidup kami di sini, hingga akhirnya, aku dan zaujah tercinta memutuskan untuk membina syurga kecil kami. Nadia bergiat aktif dalam Jemaah Islamiyah. Kerjayanya sebagai pensyarah fakulti perubatan memudahkan dia menyalurkan dakwah kepada anak-anak bangsa sedari awal usia remaja. Aku, seorang doktor persendirian. Klinik Syifa’ telah dibuka sejak 5 tahun lalu untuk kebajikan masyarakat di Kuala Seberang. Sebuah desa kecil, jauh terpinggir dari kesibukan kota namun punya cerita yang tersendiri.
Dan yang pasti, setiap apa yang berlaku adalah atas perencanaanNya. Kita hanya merancang, Dialah penentu segalanya..
Di sini,
Kita lakar sejarah baru,
Kisah kita
Biar seperit manapun perjalanan hidup ini
Perjuangan perlu diteruskan
Berjihadlah atas landasanNya
Jangan sia-siakan anugerahNya buat kita..

Wednesday, October 22, 2008
hati yang berbicara

Hati yang berbicara..
Mengungkap tabir Pencipta
Lidah kelu untuk bersuara
Mata tertunduk mendiamkan kata
Pena ditarikan melabuhkan tinta..
Duhai Yang Esa
Kurindukan cintaMu
Hadirlah menemui hambaMu
Ya Allah Ya Rahman
Andai wujud cintaMu untukku
Biarlah ia hadir dari insan yang benar-benar mencintaiMu
Dan disinggahkan hatinya padaku
Agar sama-sama menggapai RedhaMu
Ya Allah Ya Rahim
Kau rahmatilah ikatan yang terjalin
Moga ia terjaga seadanya
Tidak tercemar dek nafsu keremajaan manusia
Ya arhamarrahimiin
Kumohon padaMu Ilahi
Kurniakan padaku kekuatan
Menjaga kesucian sekeping hati
Untuk kuhadiahkan buat si dia
Yang kurindui , kusayangi dan kucintai
keranaMu ya Rabbi…
Ya ilahi
temukanlah diriku dengan dirinya
tepat pada waktunya
tidak terlangkau dengan kelewatan
mahupun kegopohan
kudamba cintaMu , keredhaanMu
ya Rabbul Izzati
Monday, October 20, 2008
express vacation~
reunion kedua kump 16 kolej perubatan seremban
masjid ubudiah
mgu lepas mama kol , gtau nak g knduri kawin anak pak cik zakariya dan wat reu 2nd time abah. memandangkan free time tu , leh la join skali.
17th okt
1.30 pm : parents amik kat mktb
3.30 pm : check in hotel seri malaysia , ipoh
4.15 pm : ziarah family pak cik yusof kt tmn perpaduan , ulu kinta
6.00 pm : shoping kt giant
8.30 pm : dinner kt dwn perdana 1 hotel seri msia with abah's membe
9.35 pm : ice breaking with my new members (kak yong , kak dalila , tasya dll- xknal sume.huhu~
9.45 pm : terima kunjungan sahabat dari IPIP
10.30 pm : mama jmpe sahabat
11.15 pm : sahabat balik maktab tp xsmpat jmpe abah.abah already loss in his memory lane.hehe
11.59 pm : gud nite ipoh. wanna sleep.zzzzzzz~
18th okt
6.oo am : subuh prayer
8.oo am : breakfast
10.30 am : sesi bergambar bersama keluarga kumpulan 16
12.00 pm : bertolak ke rumah kenduri (pak cik zakariya)

2.00 pm : ziarah ke rumah pak cik joe (our sponsor) dan pak cik man ghani
3.30 pm : shoping pasu dan bunga yang cantik bangat!! dan murah skali...ipoh mali ok jgak.hehe
4.40 pm : jamak ta'khir kt masjid ubudiah
5.00 pm : mkn laksa kuale dan ais kacang
membeli souvenir untuk kakak
6.45 pm : ziarah pak cik azmi di klinik kesihatan lenggong (mkn mee perak yang bes)
9.30 pm : last destination- umah pak long kat baling (ma ajmala baituhu.huhu
00.30 am : sampai umah.letih bgt sih...
00.30 am : sampai umah.letih bgt sih...
untuk kali keempatnya , jumpa sahabat. ya. sahabat.hanya sahabat.xlebih dan xkurang.betul ke?huhu. ape pun , harap persahabatan ini dirahmatiNya dan sentiasa dalam pemeliharaan Allah Yang Esa.
skang dh kt mktb.memang express.letih tapi setiap saat yang dilalui sangat indah dan berharga. kadang2 aku terfikir, adakah kali kedua untuk semua ini? mgkin ada tp x seindah yang pertama. yang penting kita reda , pasrah dan berani menghadapi realiti bahawa hidup perlu diteruskan.
chaiyok2!!
Saturday, October 18, 2008
tentang ciNTa~
buat renungan dan tatapan bersama..
Mereka yg tidak menyukainya,menyebutnya ‘tanggungjawab’,
Mereka yg bermain dengannya,menyebutnya ’sebuah permainan’,
Mereka yg tidak memilikinya,menyebutnya ’sebuah impian’,
Mereka yg mencintainya, menyebutnya ‘takdir’..
Hanya Tuhan mengetahui yg terbaik,
juga akanmemberi kesusahan untuk menguji kita..
Kadang kala Dia pun melukai hati,
supaya hikmah-Nyabisa tertanam dalam..
Jika kita kehilangan cinta,
maka pasti ada alasan di sebaliknya..
alasan yg kadang sulit untuk dimengerti,
namun kita tetap harus percaya..
bahwa ketika Dia mengambil sesuatu,
Dia juga telah siap untuk memberi yg lebih baik.."
Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang,tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah untuk mencintai dan tidak pernah menemukankeberanian untuk memberitahu mereka apa yangkamu rasakan.
Hanya perlu satu minit untukmenghancurkan hati seseorang, satu jam untukmenyukai seseorang, satu hari untuk mencintaiseseorang, tetapi memerlukan seumur hidup untukmelupakan seseorang.
Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat sebelum bertemu dengan orang yang tepat.
Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat,
kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut.
Cinta adalah ketika kamu membawa perasaan,kesabaran dan romantis dalam suatu hubungandan menemukan bahwa kamu peduli dengan dia.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lainterbuka.
Tetapi kadang-kadang, kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu,
sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka buat kita.
Teman yang terbaik adalahteman dimana kamu dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai dan tidak pernah (tidak perlu)mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan seperti itu adalah percakapan termanis, juga paling indah, yang pernah kamu rasakan.."
buat renungan mereka yang bercinta..”
cinta bukanlah untuk derita dan membina jambatan ke neraka. Sebaliknya, untuk mengecapi sebanyak-banyak bahagia untuk diteruskan ke Syurga..”
WasSalam..

Friday, October 17, 2008
who i am
Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalamjiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dungu?
Orang yang dungu adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, “Inna lillahi wainna illahi rajiuun”. Lalu sambil berkata, “ Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-mu ini”, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air matanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpukan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit?
Orang yang mempuanyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia iuntuk menghindari seksa neraka.
* * * * *
di manakah kita??
tringt bicara penuh hikmah Ustaz Nazmi, "setiap lapangan yang kita pilih sekarang inilah yang akan membawa kita mendekatiNya.muraqabatullah.."
justeru, andai kita seorang doktor, jadilah doktor yang beriman. andai kita jurutera, peguam, pendidik, pemandu, nelayan dan apa sekalipun, pastikan iman yang akan memandu kita.
berusahalah untuk mencapai kejayaan dalam dua dunia.. mencapai RedhaNya.. Mardhatillah..
wallahu a’lam.

Wednesday, October 15, 2008
abt istikharah
apa kta perlu wat bla ada 2 pilihan yang baik tp perlu memilih hanya 1? maka solat sunat istikharah lah jawapannya. tp mcm mane kalu sekali menunaikannya , masih tiada penyelesaian?
tok guru nik aziz membantu menghuraikannya...
Andai kata dengan hanya sekali mendirikan solat 'istikharah' belum mendapat sebarang tanda kebaikan, ulangi kali kedua dan seterusnya
Di kalangan ulama ada yang berpendapat bahawa ulangi solat teresebut hingga satu minggu.
Kadang kala Tuhan buka pintu hati kita dengan istikharah itu, ada ketikanya Tuhan kurniakan melalui sahabat yang ikhlas.
Dalam perbualan ditakdirkan sahabat itu menyentuh perkara tersebut, lalu terjawablah istikharahnya kepada Alah SWT.
Ada kalanya Tuhan kurniakan petunjuk melalui mimpi dengan jelas, diceritakan secara nyata dan fahamlah melalui mimpi itu.
Ada ketikanya mimpi itu memerlukan 'ta'bir' melalui orang yang arif tentang rahsia mimpi.
Petikan daripada :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17278&Itemid=1
renung2kan dan selamat beramal.. (^_^)

Tuesday, October 14, 2008
tolong sampaikan pd si dia...
Tolong beritahu si dia ....
aku ada pesanan buatnya.. ....
cinta agung adalah cintaNya.. ....
cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, ....
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. ....
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. ....
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, ....
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. ....
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. ....
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. ....
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. ....
aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, ....
bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. ....
bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. ....
andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. ....
Aku milik Yang Maha Esa.. ....
Aku masih milik keluarga.. ....
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, ....
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. ....
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. ....
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. ....
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. ....
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. ....
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. ....
Aku tidak mahu melekakan dia.. ....
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. ....
jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. ....
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. ....
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. ....
hbngn ini t'jg selagi dia mjaga hubungan dgn Yang Maha Kuasa.. ....
kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Saturday, October 11, 2008
nilai sebuah senyuman
ia tidak perlu dibayar
tetapimendatangkan banyak faedah
ia adalah sedekah
yang menambahkan keceriaan penerima
tanpa mengurangkan pemiliknya
ia terjadi dalam sedetik
tetapi boleh meninggalkan kesan
untuk selama-lamanya
tiada insan yangterlalu kaya
sehingga tidak memerlukannya lagi
tiada yang terlalu miskin
hingga tak mampu memberikannya lagi
ia mencipta keriangan di rumah
memupuk perhubungan baik dalam perniagaan
dan ia sebagai wakil sebuah persahabatan
ia adalah ketenangan kepada pemberi
harapan kepada yang kecewa
cahaya kepada yang bersedih
dan menjadi pelindung semulajadi terbaik daripada kesusahan
ia tidak boleh dibeli , diminta , dipinjam atau dicuri
kerana ia adalah sesuatu yang langsung tiada faedahnya
melainkan setelah diberikan kepada orang lain
tiada insan yang lebih memerlukan sebuah senyuman
selain daripada seseorang yang tak punya apa-apa lagi untuk diberikan
hadiahkanlah sebuah senyuman
senyumlah selau
berkatnya beribu-ribu
bingkisan daripada KOLEKSI KENANGAN MAMA
kredit utk :
pn Hjh Salima Ahmad

Friday, October 10, 2008
all about eve
kadang-kadang aku terfikir sendiri
kenapa kita mula menghargai sesuatu
apabila kita dah kehilangannya?
adakah sesuatu tu perlu 'hilang' terlebih dulu
untuk kita belajar memberi penghargaan?
semalam
aku gembira
bermain , berjenaka bersama mereka
semalam
aku menangis
gembira kerana ada dia penenang jiwa
semalam
aku berjiwa kental
kerana ada mursyid pembakar semangat
segalanya tentang semalam.....
rasa rindu mencengkam jiwa
pada teman sepermainan
pada sahabat berkongsi rasa
pada kawan bergaduh pembetul khilaf diri
pada pendidik sepanjang zaman
adakah 'kehilangan' itu hak?
hari ini
aku belajar menerima
menghargai dan meredhai
agar esok
sesalku tak berpanjangan
ketika 'kehilangan' bertandang lagi

Subscribe to:
Posts (Atom)