akhirnya , terbukulah sdh kkbi aq hari ni.. em byk cbrn nk siapkanny.ape pn ni lah ujian dariNya untuk kita , insan bergelar hamba..
refleksinya.....
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan IradahNya , dapatlah saya menyiapakan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi kursus elektif 2 subjek Pendidikan Al-Quran , PIE 3102 : Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith. Tempoh 6 minggu yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan telah membolehkan saya menyiapkan tugasan ini seadanya. Alhamdulillah.
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini , saya menghadapi sedikit kesukaran antaranya memikirkan cara terbaik bagi melaksanakan proses penterjemahan ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat. Setelah berbincang bersama rakan-rakan , kami telah sepakat menggunakan khidmat jaringan tanpa wayar untuk menterjemah. Proses mengedit dilakukan secara manual dengan bantuan kamus dan pengetahuan sedia ada.
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini , saya menghadapi sedikit kesukaran antaranya memikirkan cara terbaik bagi melaksanakan proses penterjemahan ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat. Setelah berbincang bersama rakan-rakan , kami telah sepakat menggunakan khidmat jaringan tanpa wayar untuk menterjemah. Proses mengedit dilakukan secara manual dengan bantuan kamus dan pengetahuan sedia ada.
Bagi menyiapkan tugasan pembentangan , saya dan rakan segandingan Nur Aqilah Hasan bermunaqasyah untuk melaksanakan amanah ini sebaiknya. Kami telah meminjam beberapa buku rujukan selain melayari internet bagi mendapatkan bahan berkaitan empat tokoh perawi hadis yang berkenaan iaitu ImamBukhari , Imam Muslim , Imam An-Nasa’I dan Imam Ibn Majah. Komitmen yang diberi oleh rakan saya membolehkan kami menyiapkan slaid pembentangan kami dengan jayanya.
Tempoh lima hari di Sekolah Tengku Budriah , Arau ,Perlis membolehkan saya dan saudari Nur Hidayah binti Ahmad mencari bahan dan menimba pengetahuan tentang pelbagai aspek termasuklah berkaitan pelaksanaan Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik. Kerjasama yang diberikan oleh Tuan Guru Besar , En Muhammad Noor din Che Omar dan warga STB keseluruhannya melicinkan kelancaran kerja kami di sana. Dengan izinNya , dapatlah kami memperoleh segala intipati maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan salah satu komponen tugasan ini.
Pendedahan yang diterima menjadikan kami lebih bersedia untuk melangkah ke alam pengajaran yang akan tiba hanya beberapa ketika sahaja lagi. Semoga saya dan rakan-rakan seperjuangan akan menjadi pendidik yang berkarisma dan berjuang untuk mengimbangkan kejayaan ukhrawi dan duniawi di kalangan anak-anak didik. Bersama memartabatkan kesyumulan al-Quran!
والله أعلم باالصواب
2 comments:
Assalammualaikum,saya Izzatul.Awak drp sekolah agama perempuan kangar kan?Kalau boleh saya nak minta tolong awak cari kenalan saya bernama Nor Syarina Bt Mustafa.Umur 21 gak.Saya ada hal nak jumpa dia tapi no telefon dah hilang.Minta tolong ya kalau awak ada no telefon dia.Dia kata ambil jurusan akaun masa Tingkatan 4.Tolonglah saya.Segala pertolongan awak saya ucap jutaan terima kasih.
alaiki salam..
saya satu batch dgn syarina.sblh kelas.. =)
ni email dia- nashamohd@yahoo.com
hrp awk leh b'hbg ngan die.. (^_^)
Post a Comment