Tuesday, July 16, 2013

wardah humaira'

alhamdulillah, tanggal 22 Jun 2013, jam 0034, saya telah selamat melahirkan seorang lagi puteri. anak solehah inshaa Allah. seperti kandanya, Wardah dilahirkan secara LSCS. emergency.. asalnya, saya cuba melahirkan anakanda secara normal. jam 3pm ditolak ke bilik bersalin dengan bukaan 3cm. jam 9pm, bukaan 6cm. maka bermulalah detik2 mendebarkan. dikelilingi jururawat-jururawat yang sangat supportive dan dua orang doktor yang gigih membantu. dr afif dan dr ashraf. memandangkan sudah di luar waktu, hanya 2 dr yang ada dan kedua-duanya lelaki. daruratkah? sehari sebelum melahirkan, dr adilah telah memberitahu saya risiko yang bakal dihadapi. ketika scan baby, anggaran berat ialah 3.7kg. ralat 500 gram. kurang atau lebih. dengan ketinggian dan keadaan fizikal saya, baby mungkin terus 'floating'kerana agak besar. tapi saya tetap ingin cuba melahirkan secara normal. tiba saatnya, para jururawat dan doktor gigih membantu. ini pengalaman pertama melalui detik2 melahirkan secara normal. masa kak ilmi dulu, jalan xbukak,ketuban dah pecah. doktor putuskan untuk LSCS sebab bimbang baby lemas. saat mencemaskan tapi penuh sokongan. apa pun, masih mengharapkan suami tercinta berada di sisi. tp Hospital Tuanku Fauziah tidak menyediakan kemudahan itu. push dan push. terasa begitu cuak sekali. tambahan si ibu ni tak berapa pandai nak meneran. macam masuk tutorial pula.cikgu misi ajar balik semua. posisi kaki dan tangan..cara pernafasan lagi. hingga jam 11, bby masih tak turun. episiotomi sudah. ikhtiar terakhir doktor di dewan bersalin adalah vakum. kata doktor, cara ini perlukan gabungan tenaga ibu dan alat. apabila ibu push, depa akan vakum. "maafkan umi, wardah. umi xcukup kuat." suasana gamat. dr afif meminta agar bersedia untuk emergency LSCS. dr alex datang mendekati saya bersama dua borang untuk ditandatangani. seterusnya susuk badan yang lemah ini ditolak ke dewan bedah. abah dan abi tersenyum. kurang manis. risau dan keletihan barangkali. kelihatan abi berlari-lari mengikut ke dewan bedah. "belahan jiwaku, maaf" setelah dibius separa sedar, aku ditolak ke dewan bedah. mungkin kerana keletihan, saya tidak sedar sepanjang pembedahan dijalankan. berbeza ketika kakak ilmi dahulu. aku mendengar perbualan dan merasai tangan2 doktor d perutku. alhamdulillah, jam 0034 wardah selamat menjengah dunia. kelahirannya disambut Dr Afifuddin Romli. " terima kasih dr " keesokan harinya, ketika lawatan wad, dr afif menerangkan kepada saya dan mama. dan dia melihat ke arah kaki saya. "kasut saiz 4 kot" saya hanya tersenyum dan hati ini menjawab, "dr, semuanya Allah dah tentukan. DIA tahu yang terbaik untuk kita." EM HATI SEORANG ISTERI DAN IBU. memang sedih kerana tidak dapat melahirkan secara normal. tapi saya perlu positif. yakin. Allah tahu yang terbaik untuk kita. sekarang fokus mendidik anak2 ini menjadi insan solehah. moga diberi kekuatan. terima kasih semua. buat puteri keduaku, selamat datang ke dunia.. umi cuba menjadi murabbiah terbaik utk wardah humaira' dan kakak ilmi munirah. untuk pendampingku dunia akhirat, Mohd Ashraf Mohamad, jangan jemu membimbingku.. jangan lelah mendidik anak-anak.. sama-sama kita warnai syurga kita dengan kemanisan iman, kemuliaan ilmu dn keindahan syiar islam.bersederhana segala hal. syukur. terima kasih ya rabb. Kau hadiahkanku sebuah kehidupan yang penuh warna. semoga hamba ini tidak kurang mensyukuri segala nikmat dan ujianMU =) WARDAH HUMAIRA'