Wednesday, May 16, 2012

Murabbiah Ummah

Alangkah indahnya Kalau kita sebaik Khadijah Menguatkan suami dengan harta dan cinta Demi perjuangan untuk agama Alangkah indahnya Kalau kita sepemurah Aisyah Mencari-cari hatta sebiji kurma Untuk disedekahkan di jalan Allah Alangkah indahnya Kalau kita seberani dan sekuat Sumayyah Sanggup mempertahankan agama Hingga mati disula Alangkah indahnya Kalau kita dapat membisikkan bicara hati Setiap dinihari Seperti Rabiatul Adawiyah Mengucap bicara cinta pada TuhanNya "Aku menyembahmu bukan kerana takut nerakaMu Tidak juga mengharap syurgaMu Tapi kerana kemuliaan cintaku padaMu" Merekalah Murabbiah Ummah Yang sejarahnya bergelumang air mata dan darah Kesinambungan perjuangan mereka kini Menyemarakkan semangat yang rebah Mengubat hati-hati yang parah Akibat jauh dari Allah Ahh.. Diri yang lemah Alangkah indahnya.. Jikaatas kelemahan dan kekuatan diri yang ada Kita masih dapat bersyukur Lantaran apa yang terdaya kini Masih kurniaan Ilahi Lontarkanlah pandanganmu ke sana Murabbiah Ummah Dunia menantimu!!~ Sajak ini amat terkesan di hatiku. diterima daripada Ustazah Uraidah bt Abdul Wahab, SMKA Sultan Azlan Shah semasa tingkatan 3 (2002). Jazakillah khair ya Ustazah.. Selamat Hari Guru semua!!~

Wednesday, May 9, 2012

awlad uhibbuhu

semakin aku menyelami lautan pendidikan, semakin aku jatuh cinta pada ilmu. rupanya 'bermain' bersama anak-anak kecil amat menyeronokkan. mereka jujur,telus, banyak celoteh.yang pastinya hati ini amatlah berwarna-warni. Bahasa Arab tahun 2 dah masuk tajuk kelima. -Athathu baiti- (Perabot di rumah saya) belajar menguasai perkataan menggunakan body language. berkesan InsyaAllah...~ bagi tasmik pula, aku diberi amanah memimpin murid-murid tahun 1 Delta Palma dan seramai 16 orang murid tahun 2 Cocos Palma. bg tahun 2 dan ke at
as, kriteria pemilihan murid bagi mengikuti kelas tasmik ialah bacaan iqra' 3 dan ke bawah. Iqra' 4 dan ke atas dikira 'lulus' @ zon selamat dan boleh meneruskan bacaan samada di rumah, sekolah agama atau lain-lain tempat. di asrama pula, aku membimbing anak-anak puteri. pelbagai latar belakang sosioekonomi murid.pelbagai prestasi murid. aneka macam ragam dan karenah. semoga aku terus diberi kekuatan, kelapangan hati dan keikhlasan utk meneruskan segalanya. terima kasih Ya Allah, Kau masih mengizinkan hamba ini mencari ruang untuk terus mencintaimu Allahu Akbar!! (^_^)