Sunday, October 14, 2012

allah allah

jangan menangis duhai hati setiap insan diuji atas kemampuan mereka aku yakin mereka cukup kuat untuk menghadapi semua ini aku yakin cinta mereka cukup utuh untuk merobohkan keegoan itu aku yakin cinta mereka cukup istimewa untuk membina sebuah kasih sayang untuk membentuk nilai diri seorang insan cuma masa belum mengizinkan semua itu menjadi realiti harapanku semoga insan kesayanganku masih bisa tersenyum dan tersenyum atas kesakitan ini semoga mereka terus kuat dan kuat semoga kekuatan mereka akan menjadikan dia insan yang hebat menutup lembaran gelapnya dengan taubat dan permintaanku biarlah dia bisa aman dalam terang iman sebelum insan-insan ini menutup lembaran sejarah kehidupan mereka di dunia fana "Ya Allah, janganlah Kau datangkan ujian yang tidak tertanggung oleh mereka.. Sesungguhnya aku benar-benar menyayangi, mencintai, mengasihi mereka sepenuh hati. biarpun hadirku hanya seketika, izinkan doa-doaku mengamankan hati mereka, menjadi penguat mereka meneruskan kehidupan yang fana ini.. " Amin ya rabb

Saturday, June 23, 2012

bahaya lidah

menjadi seorang guru menuntut kita menguasai kemahiran interpersonal yang baik. dalam erti kata lain, kita perlu bijak menjaga hubungan sesama guru, anak murid, staf sokongan dan pekerja am. jika kita tersalah bicara, barangkali ia akan menjadi anak panah beracun yang akan membunuh perasaan kasih seseorang itu terhadap kita. nauzubillahi min zalik. amat takut apabila berbicara tentang manusia. Acapkali, hamba ini memanjatkan doa pada Tuhannya agar dipermudahkan urusannya- bicara mudah difahami - kata-kata yang menyenangkan hati- tidak mengguriskan hati sesiapa Agar kemampuan berbicara yang menjadi salah satu ciri manusia ini menjadi bermakna dan bernilai ibadah, Allah SWT menyerukan umat manusia untuk berkata baik dan menghindari perkataan buruk. Allah SWT berfirman : “Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku. “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” QS. 17: 53 Ya Allah, hamba ini amat cintakan kedamaian, satukanlah hati-hati kami dengan kami, titiskan halwa mawaddah dan rahmat agar berseminya cinta dalam hati-hati sang perinduMu ini. Amin Ya Rabbal Alamin

Wednesday, May 16, 2012

Murabbiah Ummah

Alangkah indahnya Kalau kita sebaik Khadijah Menguatkan suami dengan harta dan cinta Demi perjuangan untuk agama Alangkah indahnya Kalau kita sepemurah Aisyah Mencari-cari hatta sebiji kurma Untuk disedekahkan di jalan Allah Alangkah indahnya Kalau kita seberani dan sekuat Sumayyah Sanggup mempertahankan agama Hingga mati disula Alangkah indahnya Kalau kita dapat membisikkan bicara hati Setiap dinihari Seperti Rabiatul Adawiyah Mengucap bicara cinta pada TuhanNya "Aku menyembahmu bukan kerana takut nerakaMu Tidak juga mengharap syurgaMu Tapi kerana kemuliaan cintaku padaMu" Merekalah Murabbiah Ummah Yang sejarahnya bergelumang air mata dan darah Kesinambungan perjuangan mereka kini Menyemarakkan semangat yang rebah Mengubat hati-hati yang parah Akibat jauh dari Allah Ahh.. Diri yang lemah Alangkah indahnya.. Jikaatas kelemahan dan kekuatan diri yang ada Kita masih dapat bersyukur Lantaran apa yang terdaya kini Masih kurniaan Ilahi Lontarkanlah pandanganmu ke sana Murabbiah Ummah Dunia menantimu!!~ Sajak ini amat terkesan di hatiku. diterima daripada Ustazah Uraidah bt Abdul Wahab, SMKA Sultan Azlan Shah semasa tingkatan 3 (2002). Jazakillah khair ya Ustazah.. Selamat Hari Guru semua!!~

Wednesday, May 9, 2012

awlad uhibbuhu

semakin aku menyelami lautan pendidikan, semakin aku jatuh cinta pada ilmu. rupanya 'bermain' bersama anak-anak kecil amat menyeronokkan. mereka jujur,telus, banyak celoteh.yang pastinya hati ini amatlah berwarna-warni. Bahasa Arab tahun 2 dah masuk tajuk kelima. -Athathu baiti- (Perabot di rumah saya) belajar menguasai perkataan menggunakan body language. berkesan InsyaAllah...~ bagi tasmik pula, aku diberi amanah memimpin murid-murid tahun 1 Delta Palma dan seramai 16 orang murid tahun 2 Cocos Palma. bg tahun 2 dan ke at
as, kriteria pemilihan murid bagi mengikuti kelas tasmik ialah bacaan iqra' 3 dan ke bawah. Iqra' 4 dan ke atas dikira 'lulus' @ zon selamat dan boleh meneruskan bacaan samada di rumah, sekolah agama atau lain-lain tempat. di asrama pula, aku membimbing anak-anak puteri. pelbagai latar belakang sosioekonomi murid.pelbagai prestasi murid. aneka macam ragam dan karenah. semoga aku terus diberi kekuatan, kelapangan hati dan keikhlasan utk meneruskan segalanya. terima kasih Ya Allah, Kau masih mengizinkan hamba ini mencari ruang untuk terus mencintaimu Allahu Akbar!! (^_^)

Thursday, January 19, 2012

sktp 2012

allah allah.. tenangny hati bila masih berkesempatan bercerita di sini. sekarang dah mgu ketiga persekolahan. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. betul kata cikgu2 kat sekolah, mengajar petang adalah pilihan terbaik utk ibu beranak kecil. tirai 2012 ni dibuka dengan sangat baik. dapat luangkan banyak masa untuk Ilmi Munirah dan suami tercinta. P&P juga berjalan lancar. Cuma, masih perlukan masa untuk lebih bertaaruf dengan anak-anak tahun 1. cara nak bagi homework, nak 'tackle' hati, tangan dan mata mereka untuk memberi perhatian ketika P&P Bahasa Arab. Alhamdulillah, P&P Bahasa Arab dibiasakan dengan lughatul fasl, biarpun belum sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Apabila dah berada di sekolah dan menjadi lebih realistik, rasanya tariqah mubasyarah kurang relevan. masih perlu diperhalusi lagi. tiba-tiba teringatkan seorang murid lelaki comel tahun 1. Putra namanya. sangat banyak celotehnya. di dalam kelas, sebelum P&P biasanya saya mulakan dengan 'senaman ringan'. menyuruh mereka bangun (قِيَاما) dan duduk (جلوسا). teknik ini bertindak sebagai kawalan kelas selain menguji kepekaan murid terhadap arahan guru. ketika saya sedang menyemak latihan, Putra menyoal: "Ustazah, qiyaman dan julusan tu kembar ka?" tergamam seketika. "Kenapa kamu tanya macam tu?" Aku menyoalnya kembali "Sebab, bila qiyaaman ja juluusan.ad qiyaaman, ad la juluusan." Nak jawab apa ya?huhu satu situasi lagi ketika perhimpunan pertama di sekolah. setelah selesai nyanyian lagu negaraku dengan iringan muzik(radio), Putra menyoal dengan suara yang dapat didengar separuh dewan. "Muzik tu datang dari mana?" maka, tergelaklah cikgu ini di dalam hatinya.huhu. em rasanya dulu masa sekolah nakal jugak, tapi incik Putra ni +++ lagi. dia cerdik. berfikir dan menganalisa. satu perkara yang aku cemburu tentang dia; dia berani menyuarakan rasa hatinya. persoalan yang timbul di minda dizahirkan dengan pertanyaan kepada orang sekeliling. mungkin sebab itu dia sentiasa tersenyum. gembira. lapang dada. terang hati. semoga menjadi murid yang baik, soleh, beradab mithali (band 6)hehe. terpengaruh kssr. =) اللهم يسر ولا تعسر "Ya Allah Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini, janganlah Engkau menyukarkannya.."