Tuesday, March 29, 2011

18 Februari 2011

Ada apa dengan 18 februari 2011??huhu.. tarikh yang penuh makna dalam hidupku.. tepat jam 8.30 malam aku telah selamat melahirkan puteri sulungku. Dan secara rasmilah maka Pn Hariatul Hafidzah dan En Mohd Ashraf telah naik pangkat menjadi umi dan abi.. (^_^)

Perasaan yang berbaur. Macam2 ada.. Cahaya mata sulung kami dinamakan Ilmi Munirah. Ilmuku yang bercahaya.. Anak masa stadi ni.. sama2 menulis tesis bersama umi dan abi die dulu. Ilmi dilahirkan melalui pembedahan lower segment caesarean section (LSCS). mengikut rencana asal, aku dijangka bersalin normal. tetapi semuanya bukan urusan kita. Aku yakin, Allah mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.
نحن في التفكير والله في التدبير

Jam 1.30pm, aku dibawa masuk ke labour room. ketika itu bukaan adalah 3cm. Katil no 8 @ labour room Hospital Taiping.memang akan ingat sampai bila2.huhu.. doktor2 ny baik dan begitu komited. setelah ditukar pakaian, dr memasukkan 1 drip air. denyutan jantung anak juga mula diperiksa. aku mengalami kontraksi. Untuk yang pertama kali merasainya sepertiku, memang sakit..beginilah rupanya dulu mama dan semua ibu bersusah payah melahirkan kita. memang sesuai digunakan istilah 'bertarung nyawa'.

jam 6.30pm, bukaanku diperiksa sekali lagi dan ia masih sama seperti 5jam yang lalu.air ketuban dah pecah.maka dr meminta persetujuanku bagi melakukan pembedahan.sebab apa? bile ketuban dah pecah, ada risiko bayi lemas. aku meminta dr bertanyakan kpd suamiku yang setia menanti di luar. setelah persetujuan diperoleh, aku perlu menandatangani beberapa dokumen sebelum ditolak ke dewan bedah.

tiada apa yang kufikirkan saat itu.hanya permata hatiku. semoga dirimu selamat lahir ke dunia sayang..


Alhamdulillah, aku sempat mencium tangan suami dan mertuaku yang dibenarkan menemuiku sebelum dibedah. sebak rasanya.

aku dibius separa sedar. bahagian dada ke bawah sahaja. sehelai kain diletakkan di atas dadaku bagi menghalang pandanganku daripada melihat proses pembedahan tersebut. Mataku hanya memandang jam dinding di bilik itu. pandanganku kosong. Badanku sudah tidak bermaya. Aku hanya inginkan tanda cintaku dan suamiku lahir ke dunia.  permata hati umi dan abi.

tepat jam 8.30pm, aku mendengar suara tangisan. alhamdulillah.. anakku dibawa untuk diperiksa dan dimandikan dan para doktor meneruskan usaha mereka.mengeluarkan uri dan menjahit kembali rahimku. setelah beberapa ketika aku dihampiri seorang dr muda;

pn Hariatul2x, tengok anak ni.. anak lelaki ke perempuan?"
aku mendongak dan sambil tersenyum menjawab, " anak girl"

setelah itu bayiku dibawa untuk pemeriksaan seterusnya. jam 9.30pm, aku ditolak ke wad kembali. sebelum itu, aku sempat bertemu suami, ibu bapa mertuaku, naim dan anas. mama dan abah masih dalam perjalanan. mama dan abah hanya sempat menemui cucu ketiga mereka pada malam itu dan aku hanya menemui mereka pada keesokan harinya.

Ilmi Munirah binti Mohd Ashraf


         Wan menyuapkan air zamzam kpd Ilmi. Inilah makanan pertamanya. Smg beroleh barakahnya..

Alhamdulillah, segala pujian hanya untukNya. Inilah anugerah Dia buat kita hambaNya.. Anugerah dan ujian.

Ya Allah, kau bimbinglah aku dan suamiku
agar dapat kami membentuk acuan solehah
dengan siraman mawaddah wa rahmah
membajainya dengan ilmu ukhrawi dan duniawi
menghiasinya dengan akhlak terpuji

agar kelak
kami dapat memulangkan pinjamanMu ini
dalam sebaik-baik keadaan
dan Kau himpunkan kami kembali
di JannahMu

Amin YA Rabbal Alamin