Tuesday, November 23, 2010

trimester ketiga~

alhamdulillah, anak abi dan umi dh memasuki trimester ketiga sekarang.sdr xsdr dh 7bln anakanda bersama umi kn..rasa bgitu pantas masa berlalu.. mgu ni kshtn agak terganggu.. bermula dgn demam2 dan batuk.. sekarang dh beransur sihat.alhamdulillah.

walaupn masih berbaki 2bln permata hati abi dan umi di 'dalam', kebanyakan kelengkapan telah disediakan. cuma cadar dan sarung bantal masih dalam proses. tok nk wat sendiri. umi dan abi cuma belikn kainny. smpt jgak umi belajar menjahit. ad kesempatan nanti, untuk adik2 insyaAllah umi cuba wat sendiri..dh xsabar2 rasanya.. =D

teringt masa awal2 dl.. skitar Julai.. masa dpt tahu usia kandungan baru mencecah 8 minggu. lepas tu bkak buku merah kt klinik desa kbg ulu.. JM Haziah yg tegas tp sgt baik hati..hehe..masa tu br nk mula internship di SKMB. alhamdulillah bermula dari awal hingga kandungan berusia 6 bln, tiada alahan dan sebarang gangguan kesihatan. baiknya anak abi dan umi..barangkali memahami keadaan umi dan abinya yang masih belajar dan sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis.

selesai proses penulisan dan penyemakan tesis, umi dan abi boleh bernafas sedkit, tapi masih perlu membuat persiapan untuk peperiksaan akhir pada 1, 2 dan 9 November 2010. alhamdulillah,syukur ke hadratNya.. segalanya berjalan lancar..  dan secara rasminya, tamatlah pengajian abi dan umi di IPGKTB.


5thn setengah di IPGKTB.. kenangan terindah.. dan siapa sangka diri ini bertemu kekasih abadi di sini.. buat kekasihku di dunia dan akhirat, akh mohd ashraf bin mohamad.. terima kasih atas segalanya.jazakallahu khair.. ad perkara yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.cukuplah dirimu mengetahui bahawa qalbii hubbuk abadan.. uhibbuka fillah ya zaujil habib..

perkahwinan semasa belajar.banyak pendapat tentangnya.barangkali lebih ramai menentang dan menyokong. perkahwinan menjadikan kita sedar apa itu tanggung jawab. perkahwinan juga mengundang kita rindukan solat jemaah.mengucup tangan suami tercinta seusai solat. perkahwinan mengajar si isteri erti ketaatan dan mengenalkan suami apa itu kepimpinan. perkahwinan menjadikan suami isteri bertaaruf dan bersahabat baik dengan tasamuh @ tolak ansur dan kesabaran..

alhamdulillah,.. terima kasih suamiku atas kesabaranmu membimbingku..menjadi pendengar yang setia untuk omonganku, menjadi kaunselor terbaikku.. menjadi penenang hatiku kala kesedihan bertamu di hati.. hingga hari ni diri ini merasakan bahawa dirimu terlalu baik untukku.. insan yang serba kekurangan ini.. dan hamba Allah yang kerdil ini masih berusaha sedaya upaya menjadi yang terbaik untukmu.. dan aku ingin merebut tempat sempat ketua bidadarimu di syurga kelak.

buat permata hati abi dan umi yang bakal lahir..semoga dirimu sentiasa dirahmati Yang Esa dan berada di bawah rahmat kasih sayangNya. mengertilah, kami amat merindui kehadiranmu di sisi umi abi dan umi, sayang..

bintang hati ini amat bahagia.terima kasih Ya Allah.. (^_^)