Thursday, April 8, 2010
imtihan dariNya
gigi yang sakit ini amat merunsingkan aku. hanya kerja-kerja ringkas yang mampu kulakukan.. hatta memberikan sedekah paling indah pun tidak mampu kini..
gigi yang sakit ini benar-benar menguji aku.. mengawal amarah yang kian membara hanya kerana sekelumit salah. merendahkan ketinggian nada suara kepada anak-anak kecil yang nakal memeriahkan suasana.. mengurangkan bicara sesama rakan kerana keperitan yang kini menerjah urat menyinggahi telinga..
aku insan yang lemah... hanya kerana ujian kecil ini....sudah mengungkap bicara duka.. hampir menitiskan air mata menahan perit sebuah ujian kecil..huhh~
bagaimana mungkin kau mengorak langkah ke medan juang andai semangatmu tidak sekental fatimah az- zahra'? andai kau tak setangkas asma' abu bakar?.. bagaimana mungkin kau menjadi sayap kiri yang sempurna buat seorang pejuang di jalanNya?
syukur.. hamba yang zalil ini dikurniakan seorang perwira.. berhati mulia tak kenal payah.. berjiwa kental tak kenal mehnah.. bersemangat padu tak kenal jemu..
alhamdulillah.. di sisiku seorang insan pendamping... hadirnya sarat dengan cinta Ilahi.. menyayangiku sepenuh hati.. menghargai kehadiran insan kerdil ini di sisinya...menerimaku kehadiranku seadanya diri ini...
buat zaujku, terima kasih atas segalanya.. izinkan aku terus menyintaimu.. selagi CintaNYA masih menjadi keutamaanmu.. bimbinglah daku.. kerana ku rindu syurga Ilahi....
tatkala ini, aku mula menghisab diri.............
Ya Allah Ya Rahman
Kau berilah daku kekuatan
menghadapi dugaan yang bakal mendatang
melewati dugaan kecil ini penuh sabar
Ya Rahman
Kau kekalkan rahmat kasih sayangMu pada kami
Kau cambahkanlah benih-benih mahabbah dalam kehidupan kami
Kau luruskanlah laluan hidup kami
berkiblatkan diinul Islam yang syumul
Ya Arhamarrahimin
Kau berkatilah hidup kami
Jadikanlah kami dalam kalangan hamba yang diredai selamanya......
amin ya rabbal alamin..
bintang yang keperitan meluahkan rasa berkongsi cerita
Subscribe to:
Posts (Atom)