Wednesday, September 10, 2008

القلب

احيانا
يوجد كثير من الحال الذي لم أستطيع لتجنبها..
أنا انسان مهين
. لايخلو عن الخطء والنسيان..
أحيانا..
أحس ان ما زال في الدنيا الصحبة..
ولكن لماذا لم أقابله
لعل الله يرحم كل أصدقاءي
في أي مكان
يقعدون
المسلم أخو مسلم

Tuesday, September 9, 2008

kenangan BTN 08

menjadi salah seorang peserta BTN memberi 1001 pengalaman. byk kngn..sweetsour memories..huhu.. yg plg seronok sesi LDK.. 10 members n our happening n smart fasi , abg boy..

satu xtvt yg menarik adalah mencipta puisi mgunakan 10 benda yang terdapat di bilik tidur.. tgok ape yang jadi...hehe

terpotret wajah ayah dan bonda
penyeri suasana study di meja
tak lupa juga laptop berjasa
hadiah dari ayahanda tercinta

handphone berdering setiap hari
panggilan dari bonda kekasih di hati
maka kalendar sentiasa ditatapi
em.. bilalah boleh balik rumah lagi.huhu~

frame abangah tergantung di paku besi
pembakar semangat sumber inspirasi
membaca karangan al-qarni di malam hari
pendamai jiwa penenang hati

sebelum tidur jam disetkan
bersama bear hadiah teman
supaya subuh tak lambat , kuliah tak ketinggalan
amalan mathurat dapat diteruskan..

الحياة هدية من الله
العوائق فيها امتحانا
لتقرب الله
في اكتساب مرضات الله
dah lebih sebulan berlalu, tp msh rindu kt kwn2 ..
jurulatih -pak mail , pak mutalib , pak mat
fasi - ckgu wan , abg boy , abg jem , kak olin dll
masihkah ada pertemuan kedua buat kita? hanya doa mampu kuiringkan agar kalian sentiasa di bawah pengawasanNya seadanya..
-salam kerinduan dari bintang yang jauh......-

alhamdulillah..

" Orang yang bersabar pasti mencapai kejayaan biarpun bertangguh"

akhirnya , terbukulah sdh kkbi aq hari ni.. em byk cbrn nk siapkanny.ape pn ni lah ujian dariNya untuk kita , insan bergelar hamba..

refleksinya.....

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan IradahNya , dapatlah saya menyiapakan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi kursus elektif 2 subjek Pendidikan Al-Quran , PIE 3102 : Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith. Tempoh 6 minggu yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan telah membolehkan saya menyiapkan tugasan ini seadanya. Alhamdulillah.
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini , saya menghadapi sedikit kesukaran antaranya memikirkan cara terbaik bagi melaksanakan proses penterjemahan ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat. Setelah berbincang bersama rakan-rakan , kami telah sepakat menggunakan khidmat jaringan tanpa wayar untuk menterjemah. Proses mengedit dilakukan secara manual dengan bantuan kamus dan pengetahuan sedia ada.

Bagi menyiapkan tugasan pembentangan , saya dan rakan segandingan Nur Aqilah Hasan bermunaqasyah untuk melaksanakan amanah ini sebaiknya. Kami telah meminjam beberapa buku rujukan selain melayari internet bagi mendapatkan bahan berkaitan empat tokoh perawi hadis yang berkenaan iaitu ImamBukhari , Imam Muslim , Imam An-Nasa’I dan Imam Ibn Majah. Komitmen yang diberi oleh rakan saya membolehkan kami menyiapkan slaid pembentangan kami dengan jayanya.

Tempoh lima hari di Sekolah Tengku Budriah , Arau ,Perlis membolehkan saya dan saudari Nur Hidayah binti Ahmad mencari bahan dan menimba pengetahuan tentang pelbagai aspek termasuklah berkaitan pelaksanaan Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik. Kerjasama yang diberikan oleh Tuan Guru Besar , En Muhammad Noor din Che Omar dan warga STB keseluruhannya melicinkan kelancaran kerja kami di sana. Dengan izinNya , dapatlah kami memperoleh segala intipati maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan salah satu komponen tugasan ini.

Pendedahan yang diterima menjadikan kami lebih bersedia untuk melangkah ke alam pengajaran yang akan tiba hanya beberapa ketika sahaja lagi. Semoga saya dan rakan-rakan seperjuangan akan menjadi pendidik yang berkarisma dan berjuang untuk mengimbangkan kejayaan ukhrawi dan duniawi di kalangan anak-anak didik. Bersama memartabatkan kesyumulan al-Quran!

والله أعلم باالصواب

Tuesday, September 2, 2008

di sini bermula..

بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah , akhirnya dapat juga ana menyiapkan blog sendiri.. bintang hati.. semoga blog ini dapat menjadi satu wadah perkongsian bersama rakan-rakan maya. salam ramadhan.. smg kedatangan ramadhan kali ini menjanjikan kebaikan utk kita semua.. strive 4 mardhatillah...

ikhtilat..

bhn ni merupakan ringkasan dr artikel 1 usrah iptb. smg dpt manfaat bersama

IKHTILAT

definisi :
BAHASA : Meramukan , menggaulkan sesuatu dengan sesuatu yang lain ; mencampurkan

ISTILAH : percampuran wanita dan lelaki pada suatu tempat sama ada secara berkumpulan atau persendirian

Percampuran lelaki dengan lelaki di sesuatu tempat , berpandangan dan bertegur sapa hukumnya HARUS. Sebaliknya, percampuran lelaki dan wanita dalam situasi yang sama membawa hukum HARAM. Meskipun begitu , dalam beberapa situasi , ikhtilat lelaki dan wanita adalah diHARUSkan.

2 keadaan diharuskan ikhtilat ialah dhorurah (terpaksa) dan hajat ( keperluan)
  • dhorurah (terpaksa)
  1. menumpangkan wanita yang bersendirian dan jauh di jalan
  2. melarikan wanita untuk menyelamatkan dia dari kejahatan (perkosa)
  • hajat ( keperluan )
  1. jual beli yang dibenarkan syarak
  2. melakukan kerja penghakiman
  3. menjadi saksi bagi kes berkaitan harta dan hak-haknya
  4. amar makruf nahi mungkar
  5. melayan tetamu
  6. memuliakan tetamu
  7. berada dalam kenderaan awam
  8. melakukan kerja jihad
  9. tujuan belajar dan mendengar nasihat
  10. suasana yang menjadi kebiasaan

Hari ini , pergaulan lelaki dan perempuan ibarat tiada apa salahnya. Manusia mudah alpa. Matlamt tidak menghalalkan cara. Semoga bingkisan ini mampu membantu kita dalam membetulkan situasi yang 'tidak kena' .


Rujukan : kitab al-mufassal fi al-ahkam al-mar’ah , Syeikh Abd. Karim Zaidan

pbs terakhir..

terpinjamnya waktu buatku

hanya sekelumit cuma

mengutip ilmu

menimba pengalaman



mencipta keindahan rasa

mengabadikan sebuah cita

mencapai kepuasan jiwa

mencari reda-Nya



semoga perjuanganku berlandasan..

Murabbiah ummah.

dunia menantimu!!