
bintang hati
Tuesday, July 16, 2013
wardah humaira'
alhamdulillah, tanggal 22 Jun 2013, jam 0034, saya telah selamat melahirkan seorang lagi puteri. anak solehah inshaa Allah. seperti kandanya, Wardah dilahirkan secara LSCS. emergency.. asalnya, saya cuba melahirkan anakanda secara normal. jam 3pm ditolak ke bilik bersalin dengan bukaan 3cm. jam 9pm, bukaan 6cm. maka bermulalah detik2 mendebarkan. dikelilingi jururawat-jururawat yang sangat supportive dan dua orang doktor yang gigih membantu. dr afif dan dr ashraf. memandangkan sudah di luar waktu, hanya 2 dr yang ada dan kedua-duanya lelaki. daruratkah?
sehari sebelum melahirkan, dr adilah telah memberitahu saya risiko yang bakal dihadapi. ketika scan baby, anggaran berat ialah 3.7kg. ralat 500 gram. kurang atau lebih. dengan ketinggian dan keadaan fizikal saya, baby mungkin terus 'floating'kerana agak besar. tapi saya tetap ingin cuba melahirkan secara normal.
tiba saatnya, para jururawat dan doktor gigih membantu. ini pengalaman pertama melalui detik2 melahirkan secara normal. masa kak ilmi dulu, jalan xbukak,ketuban dah pecah. doktor putuskan untuk LSCS sebab bimbang baby lemas. saat mencemaskan tapi penuh sokongan. apa pun, masih mengharapkan suami tercinta berada di sisi. tp Hospital Tuanku Fauziah tidak menyediakan kemudahan itu.
push dan push. terasa begitu cuak sekali. tambahan si ibu ni tak berapa pandai nak meneran. macam masuk tutorial pula.cikgu misi ajar balik semua. posisi kaki dan tangan..cara pernafasan lagi. hingga jam 11, bby masih tak turun. episiotomi sudah. ikhtiar terakhir doktor di dewan bersalin adalah vakum. kata doktor, cara ini perlukan gabungan tenaga ibu dan alat. apabila ibu push, depa akan vakum.
"maafkan umi, wardah. umi xcukup kuat."
suasana gamat. dr afif meminta agar bersedia untuk emergency LSCS. dr alex datang mendekati saya bersama dua borang untuk ditandatangani. seterusnya susuk badan yang lemah ini ditolak ke dewan bedah. abah dan abi tersenyum. kurang manis. risau dan keletihan barangkali. kelihatan abi berlari-lari mengikut ke dewan bedah.
"belahan jiwaku, maaf"
setelah dibius separa sedar, aku ditolak ke dewan bedah. mungkin kerana keletihan, saya tidak sedar sepanjang pembedahan dijalankan. berbeza ketika kakak ilmi dahulu. aku mendengar perbualan dan merasai tangan2 doktor d perutku. alhamdulillah, jam 0034 wardah selamat menjengah dunia. kelahirannya disambut Dr Afifuddin Romli.
" terima kasih dr "
keesokan harinya, ketika lawatan wad, dr afif menerangkan kepada saya dan mama. dan dia melihat ke arah kaki saya.
"kasut saiz 4 kot"
saya hanya tersenyum dan hati ini menjawab,
"dr, semuanya Allah dah tentukan. DIA tahu yang terbaik untuk kita."
EM HATI SEORANG ISTERI DAN IBU.
memang sedih kerana tidak dapat melahirkan secara normal. tapi saya perlu positif. yakin. Allah tahu yang terbaik untuk kita. sekarang fokus mendidik anak2 ini menjadi insan solehah. moga diberi kekuatan.
terima kasih semua. buat puteri keduaku, selamat datang ke dunia.. umi cuba menjadi murabbiah terbaik utk wardah humaira' dan kakak ilmi munirah. untuk pendampingku dunia akhirat, Mohd Ashraf Mohamad, jangan jemu membimbingku.. jangan lelah mendidik anak-anak.. sama-sama kita warnai syurga kita dengan kemanisan iman, kemuliaan ilmu dn keindahan syiar islam.bersederhana segala hal.
syukur. terima kasih ya rabb. Kau hadiahkanku sebuah kehidupan yang penuh warna. semoga hamba ini tidak kurang mensyukuri segala nikmat dan ujianMU =)
WARDAH HUMAIRA'

Monday, April 29, 2013
hari demi hari
http://www.glittermaker.com/temp-images/6/830/glitter-baby-125242457738544.gif
allah allah
terasa begitu pantas masa berlalu.. sedar tak sedar sekarang dh penghujung april.. penghuni kedua rahim umi dah menjangkau usia 33 minggu.. kakak ilmi munirah dh 2 tahun 3 bulan.
tahun 2013 penuh dengan ujian dan dugaan.. dan aku yakin pasti ada hikmah yang masih terhijab, aku sendiri tak tahu apakah ia.
-2013-
pengajian di UM dah masuk semester kedua.. berbanding kehamilan pertama, masa ngandungkan ilmi dulu, masuk bulang keenam dh abis kuliah di mktb.. berehat kt umah, bercuti dan menunggu posting..
tapi si adik ny pulak, bermula ketika 24 minggu, umi memulakan kuliah semester kedua di UM. Sungguh mencabar.. sangat memerlukan kekuatan fizikal, mental.. dn pastinya emosi ibu mengandung ni memanglah tidak stabil. ditambah lagi dengan tugasan wajib, periuk nasik di sekolah.. allah allah, smg diberitahu kekuatan..
dan yang pasti zauji sangat-sangat membantu..... siapa sangka.. ashraf yg hanya klasmate suatu masa dulu, yg amatlah tidak bersetuju dalam banyak hal, akhirnya menjadi teman seperjuangan, bahu menangis dan tempat berkongsi duka.. dulu2 kenal 'selapis' ja.. tapi sekarang rasanya aku sendiri yang malu.. rasa tidak tergalas tanggungungjawab isteri dan umi dengan sebaiknya.. jazakallah abi... atas segala-galanya..
em masih berbaki 4 minggu kelas di UM untuk semester 2.. dan ada dua tugasan yang perlu diusaikan.. moga terus kuat dan kuat untuk melaksanakan semuanya hingga titisan terakhir..
baby dalam perut mcm mana? =)
Inshaa Allah.. kita hanya berserah kepada Allah.. segala kelengkapan kelahiran dh sedia.. incase bby umi nk lahir kt kl ke..huhu.. due date bby 17 jun2013.. last klas umi, bby dh 36 minggu.. exam statistik 15 jun, 2 hari sebelum due date.
YAKINLAH.. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita.. kita hanya merancang tapi DIALAH menentukan segalanya....~
cukup setakat ni.. buat hatiku,jiwaku.. semoga sentiasa terisi dengan hikmah, tidak lagi bersulam kesedihan dan rasa lemah..
buat cintaku Mohd Ashrah bin Mohamad, tarima kasih atas segalanya.. bantulah diri ini menjadi pendampingmu yang terbaik..
buat puteri umi Ilmi Munirah , semoga kakak Ilmi menjadi anak solehah dunia dan akhirat.. umi masih belajar dan mencuba menjadi idola terbaik buatmu..
YA ALLAH, BANTULAH DAKU AGAR DAPAT MENJALANKAN AMANAHKU SEBAIKNYA... SEMOGA PERJUANGANKU BERLANDASAN..
ALLAHUMMA YASSIR UMUURAN.. RABBUNA YUSAHHIL (^_^)

Sunday, October 14, 2012
allah allah
jangan menangis duhai hati
setiap insan
diuji atas kemampuan mereka
aku yakin
mereka cukup kuat untuk menghadapi semua ini
aku yakin
cinta mereka cukup utuh
untuk merobohkan keegoan itu
aku yakin
cinta mereka cukup istimewa
untuk membina sebuah kasih sayang
untuk membentuk nilai diri seorang insan
cuma
masa belum mengizinkan
semua itu menjadi realiti
harapanku
semoga insan kesayanganku masih bisa tersenyum
dan tersenyum
atas kesakitan ini
semoga mereka terus kuat dan kuat
semoga kekuatan mereka akan menjadikan dia insan yang hebat
menutup lembaran gelapnya dengan taubat
dan permintaanku
biarlah dia bisa aman dalam terang iman
sebelum insan-insan ini
menutup lembaran sejarah kehidupan mereka
di dunia fana
"Ya Allah, janganlah Kau datangkan ujian yang tidak tertanggung oleh mereka.. Sesungguhnya aku benar-benar menyayangi, mencintai, mengasihi mereka sepenuh hati. biarpun hadirku hanya seketika, izinkan doa-doaku mengamankan hati mereka, menjadi penguat mereka meneruskan kehidupan yang fana ini.. "
Amin ya rabb
Saturday, June 23, 2012
bahaya lidah
menjadi seorang guru menuntut kita menguasai kemahiran interpersonal yang baik. dalam erti kata lain, kita perlu bijak menjaga hubungan sesama guru, anak murid, staf sokongan dan pekerja am. jika kita tersalah bicara, barangkali ia akan menjadi anak panah beracun yang akan membunuh perasaan kasih seseorang itu terhadap kita.
nauzubillahi min zalik.
amat takut apabila berbicara tentang manusia. Acapkali, hamba ini memanjatkan doa pada Tuhannya agar dipermudahkan urusannya- bicara mudah difahami - kata-kata yang menyenangkan hati- tidak mengguriskan hati sesiapa
Agar kemampuan berbicara yang menjadi salah satu ciri manusia ini menjadi bermakna dan bernilai ibadah, Allah SWT menyerukan umat manusia untuk berkata baik dan menghindari perkataan buruk. Allah SWT berfirman :
“Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku. “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” QS. 17: 53
Ya Allah, hamba ini amat cintakan kedamaian, satukanlah hati-hati kami dengan kami, titiskan halwa mawaddah dan rahmat agar berseminya cinta dalam hati-hati sang perinduMu ini.
Amin Ya Rabbal Alamin

Wednesday, May 16, 2012
Murabbiah Ummah
Alangkah indahnya
Kalau kita sebaik Khadijah
Menguatkan suami dengan harta dan cinta
Demi perjuangan untuk agama
Alangkah indahnya
Kalau kita sepemurah Aisyah
Mencari-cari hatta sebiji kurma
Untuk disedekahkan di jalan Allah
Alangkah indahnya
Kalau kita seberani dan sekuat Sumayyah
Sanggup mempertahankan agama
Hingga mati disula
Alangkah indahnya
Kalau kita dapat membisikkan bicara hati
Setiap dinihari
Seperti Rabiatul Adawiyah
Mengucap bicara cinta pada TuhanNya
"Aku menyembahmu bukan kerana takut nerakaMu
Tidak juga mengharap syurgaMu
Tapi kerana kemuliaan cintaku padaMu"
Merekalah Murabbiah Ummah
Yang sejarahnya bergelumang air mata dan darah
Kesinambungan perjuangan mereka kini
Menyemarakkan semangat yang rebah
Mengubat hati-hati yang parah
Akibat jauh dari Allah
Ahh.. Diri yang lemah
Alangkah indahnya..
Jikaatas kelemahan dan kekuatan diri yang ada
Kita masih dapat bersyukur
Lantaran apa yang terdaya kini
Masih kurniaan Ilahi
Lontarkanlah pandanganmu ke sana
Murabbiah Ummah
Dunia menantimu!!~
Sajak ini amat terkesan di hatiku. diterima daripada Ustazah Uraidah bt Abdul Wahab, SMKA Sultan Azlan Shah semasa tingkatan 3 (2002). Jazakillah khair ya Ustazah..
Selamat Hari Guru semua!!~
Wednesday, May 9, 2012
awlad uhibbuhu
semakin aku menyelami lautan pendidikan, semakin aku jatuh cinta pada ilmu. rupanya 'bermain' bersama anak-anak kecil amat menyeronokkan.
mereka jujur,telus, banyak celoteh.yang pastinya hati ini amatlah berwarna-warni. Bahasa Arab tahun 2 dah masuk tajuk kelima. -Athathu baiti- (Perabot di rumah saya)
belajar menguasai perkataan menggunakan body language. berkesan InsyaAllah...~
bagi tasmik pula, aku diberi amanah memimpin murid-murid tahun 1 Delta Palma dan seramai 16 orang murid tahun 2 Cocos Palma. bg tahun 2 dan ke at
as, kriteria pemilihan murid bagi mengikuti kelas tasmik ialah bacaan iqra' 3 dan ke bawah. Iqra' 4 dan ke atas dikira 'lulus' @ zon selamat dan boleh meneruskan bacaan samada di rumah, sekolah agama atau lain-lain tempat.
di asrama pula, aku membimbing anak-anak puteri. pelbagai latar belakang sosioekonomi murid.pelbagai prestasi murid. aneka macam ragam dan karenah. semoga aku terus diberi kekuatan, kelapangan hati dan keikhlasan utk meneruskan segalanya.
terima kasih Ya Allah,
Kau masih mengizinkan hamba ini
mencari ruang untuk terus mencintaimu
Allahu Akbar!!
(^_^)
Thursday, January 19, 2012
sktp 2012
allah allah.. tenangny hati bila masih berkesempatan bercerita di sini. sekarang dah mgu ketiga persekolahan. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. betul kata cikgu2 kat sekolah, mengajar petang adalah pilihan terbaik utk ibu beranak kecil.
tirai 2012 ni dibuka dengan sangat baik. dapat luangkan banyak masa untuk Ilmi Munirah dan suami tercinta. P&P juga berjalan lancar. Cuma, masih perlukan masa untuk lebih bertaaruf dengan anak-anak tahun 1. cara nak bagi homework, nak 'tackle' hati, tangan dan mata mereka untuk memberi perhatian ketika P&P Bahasa Arab. Alhamdulillah, P&P Bahasa Arab dibiasakan dengan lughatul fasl, biarpun belum sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Apabila dah berada di sekolah dan menjadi lebih realistik, rasanya tariqah mubasyarah kurang relevan. masih perlu diperhalusi lagi.
tiba-tiba teringatkan seorang murid lelaki comel tahun 1. Putra namanya. sangat banyak celotehnya. di dalam kelas, sebelum P&P biasanya saya mulakan dengan 'senaman ringan'. menyuruh mereka bangun (قِيَاما) dan duduk (جلوسا). teknik ini bertindak sebagai kawalan kelas selain menguji kepekaan murid terhadap arahan guru. ketika saya sedang menyemak latihan, Putra menyoal:
"Ustazah, qiyaman dan julusan tu kembar ka?"
tergamam seketika.
"Kenapa kamu tanya macam tu?"
Aku menyoalnya kembali
"Sebab, bila qiyaaman ja juluusan.ad qiyaaman, ad la juluusan."
Nak jawab apa ya?huhu
satu situasi lagi ketika perhimpunan pertama di sekolah. setelah selesai nyanyian lagu negaraku dengan iringan muzik(radio), Putra menyoal dengan suara yang dapat didengar separuh dewan.
"Muzik tu datang dari mana?"
maka, tergelaklah cikgu ini di dalam hatinya.huhu. em rasanya dulu masa sekolah nakal jugak, tapi incik Putra ni +++ lagi. dia cerdik. berfikir dan menganalisa. satu perkara yang aku cemburu tentang dia; dia berani menyuarakan rasa hatinya. persoalan yang timbul di minda dizahirkan dengan pertanyaan kepada orang sekeliling. mungkin sebab itu dia sentiasa tersenyum. gembira. lapang dada. terang hati. semoga menjadi murid yang baik, soleh, beradab mithali (band 6)hehe. terpengaruh kssr. =)
اللهم يسر ولا تعسر
"Ya Allah Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini, janganlah Engkau menyukarkannya.."
Subscribe to:
Posts (Atom)